Now Reading
Sunshine Bread Perkenal Roti Pandan Homestyle Terbaharu Untuk Dinikmati Seisi Keluarga

Sunshine Bread Perkenal Roti Pandan Homestyle Terbaharu Untuk Dinikmati Seisi Keluarga

Roti Pandan Homestyle Sunshine ini memang sesuai sangat untuk peminat pandan kerana roti ini kaya dengan protein, kalsium, zat besi, Vitamin B1, B2, B3.

sunshine bakeries

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Buat penggemar roti di luar sana, Sunshine Bakeries Malaysia baru sahaja memperkenalkan Roti Pandan Homestyle yang terinspirasi daripada aroma wangi di kebanyakan rumah di Asia Tenggara.

Pandan, atau nama glamornya ‘Vanila Timur’, memang sering menjadi bahan penting dalam masakan kita dan sering digunakan untuk memasak hidangan di rumah.

Roti Pandan Homestyle Sunshine ini memang sesuai sangat untuk peminat pandan kerana roti ini kaya dengan protein, kalsium, zat besi, Vitamin B1, B2, B3 yang bagus dan langsung tiada kandungan lemak trans dan kolesterol. Bolehlah kalau nak mencuba roti yang sedap dan berkhasiat.

Sumber: Siti Murni/TRP

Kami amat teruja untuk memperkenalkan Roti Pandan Homestyle ini yang membawakan cita rasa tempatan tradisional kegemaran rakyat Malaysia. Sejajar dengan komitmen Sunshine Bakeries untuk memastikan kandungan penuh khasiat dalam setiap gigitan, penggemar roti akan disajikan dengan kandungan protein, kalsium dan zat besi yang tinggi dalam roti pandan tersebut, sambil menikmati rasa aromatik pandan yang menggamit nostalgia. Sesuai untuk musim perayaan ini, anda boleh menikmati Roti Pandan Homestyle bersama sapuan dan perisa kegemaran mereka atau menikmatinya dengan begitu sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Bread Sdn Bhd, Encik Michael Chew.

Sunshine Bakeries X Sangkaya

Sumber: Siti Murni/TRP

Bersempena dengan pelancaran Roti Pandan Homestyle Sunshine, Sunshine Bakeries Malaysia bekerjasama dengan jenama aiskrim lokal, Sangkaya untuk memperkenalkan roti pandan dengan aiskrim edisi terhad.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi cawangan Sangkaya tertentu untuk menikmati roti aiskrim bernostalgia serta lebih berkhasiat dengan gandingan Roti Pandan Homestyle Sunshine yang sungguh beraromatik ini!


Pilihan Roti Yang Sihat Sesuai Buat Seisi Keluarga

Selain Roti Pandan Homestyle Sunshine, jenama ini turut menawarkan pelbagai seleksi roti seperti roti putih Soft White rendah gula, roti mil penuh 100% Australian Oat rendah gula dan lemak dan Roti dengan Germa Gandum dan Bran yang rendah lemak, padat dengan nutrien serta mempunyai 0% lemak, 0% pewarna tiruan, 0% perisa tiruan dan 0% kolesterol.

Selain itu, Sunshine juga menawarkan roti gandum berkrim segera yang gebu dan penuh khasiat dalam perisa Mentega Gula, Biskut & Krim, Vanila dan Coklat Hazelnut.

Roti Pandan Homestyle Sunshine dijual pada harga RM5.00 setiap satu dan didatangkan dalam pek 400g.

Dan bermula hari ini, penduduk Lembah Klang boleh menemui keseluruhan rangkaian roti sihat Sunshine Bakeries di pasar raya dan kedai serbaneka terpilih.


[TRP Review]

Team TRP diberikan peluang untuk merasai sendiri kesedapan Roti Pandan Homestyle ini dan apa yang kami boleh jelaskan untuk para pembaca TRP adalah roti ini memang sangat-sangat lembut dan memang kaya dengan perisa pandan dan tiada kandungan lemak trans dan kolesterol.

Satu gigitan pun memang dah dapat merasai sendiri kelembutan roti ini.

Sumber: Siti Murni/TRP

Dengan bauan harum daun pandan kesukaan ramai, memang roti ini akan menjadi pilihan setiap orang yang jenis sukakan roti. Dimakan pula dengan aiskrim Sangkaya berperisa kelapa. Memang layan betul!

Kalau tak percaya, lepas berbuka puasa nanti korang boleh try sendiri.

Rating: 8.5/10! 😀


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd