Now Reading
KKM Minta Trend ‘Nasi Paku’ Di Kelantan Dihentikan Segera

KKM Minta Trend ‘Nasi Paku’ Di Kelantan Dihentikan Segera

Peniaga yang menggunakan paku untuk membungkus makanan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kebersihan adalah perkara utama yang dilihat sebelum memasuki mana-mana gerai makan.

Tak kisahlah hidangan mereka sedap macam mana sekali pun, tapi kalau kebersihan tidak dijaga, bye bye!

Bercerita tentang pembungkusan makanan pula, kebiasaannya kita melihat para peniaga menggunakan getah untuk memastikan hidangan tidak terlerai.

Tapi sejak kebelakangan ini, ada segelintir peniaga yang mengunakan paku untuk membungkus makanan.

Hidangan ini juga digelar sebagai ‘Nasi Paku’ dan dikatakan agak terkenal di Kota Bharu, Kelantan.

Kes budak tertelan paku

Terbaharu, terdapat kes di mana seorang kanak-kanak telah dimasukkan ke wad kecemasan hospital kerana tertelan paku.

Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami sakit perut dan menangis tanpa henti.

Berdasarkan imbasan x-ray, didapati sebiji paku berada di bahagian perut kanak-kanak tersebut. Oleh disebabkan itu, pembedahan kecemasan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan paku berkenaan.

Perkara ini turut mendapat perhatian pihak Kesihatan Awam Malaysia apabila mereka memuat naik perkongsian tweet tentang kes ini di laman Twitter rasmi @health_malaysia.

Berikutan kejadian melibatkan seorang kanak-kanak itu, para pelanggan diminta untuk mengelakkan beberapa perkara seperti berikut:

  • Elak beli makanan yang dibungkus menggunakan paku.
  • Jangan letak paku di kawasan setempat ketika makan seperti di meja dapur atau tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak.

Para peniaga juga diminta untuk tidak menggunakan paku atau sebarang peralatan tajam untuk membungkus makanan.

Ini kerana paku dikategorikan sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Lebih baik guna getah, lagi selamat.

Namun jika anda ternampak mana-mana gerai yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan, laporkan kejadian tersebut ke Pejabat Kesihatan berdekatan.

Peniaga terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd