Chris Martin Berkaki Ayam Ketika Jalan Di Jakarta, Gelarnya Sebagai ‘Epic Walk’
Vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin ketika berada di Jakarta, Indonesia dilihat tidak memakai kasut ketika berjalan di atas jalan tar.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam tempoh terdekat ini, korang akan perasan vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin berada di sekitar negara Asia bersempena dengan konsert jelajahnya termasuklah di Singapura dan Malaysia.
Sebelum ini, Coldplay telah melangsungkan konsert pada 15 November lalu di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.
Meskipun ia adalah persembahan Coldplay buat pertama kali di negara tersebut, namun sambutan yang diterima cukup hangat lebih-lebih lagi apabila Chris dilihat sempat bergurau senda dengan trend ‘Pinjam 100’.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Chris Martin Terjebak Tagline ‘Pinjam 100’, Penonton Konsert Coldplay Di Jakarta Berdekah!
Chris Martin Dilihat Berjalan Tanpa Kasut Sekitar Jakarta
Sewaktu berada di Indonesia untuk persembahan konsert, Chris mengambil masa untuk bersiar-siar di sekitar kota Jakarta dengan hanya berpakaian secara simple iaitu dengan t-shirt berwarna kelabu dan seluar pendek.
Tetapi apa yang menjadi perhatian ramai dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Coldplay (@coldplay) itu adalah apabila Chris dilihat tidak memakai kasut ketika berjalan kaki.
Ya, Chris berkaki ayam sambil berjalan di atas jalan tar. Siap menggelarnya sebagai ‘Epic Walk’ di ruangan kapsyen.
Netizen Terkejut Tengok Chris Martin Berkaki Ayam Jalan Di Jakarta
Aksi Chris yang agak ‘rare’ itu membuatkan ramai netizen di ruangan komen hantaran berkenaan meluahkan rasa terkejut dan ada juga yang terhibur melihatnya.
Mana tidaknya, segelintir netizen berpendapat bahawa Coldplay mempunyai keuntungan yang sangat banyak hasil daripada persembahan konsertnya, tetapi dikatakan tidak memakai kasut ketika berjalan kaki.
“Kalau dia bukan Chris, mungkin dia sudah dilihat seperti orang gelandangan,” ujar netizen.
Sesetengah netizen pula bertanya sama ada kaki Chris tidak melecet atau kesakitan kerana berjalan kaki di atas jalan tar.

Konsert Coldplay Di Malaysia 22 November Ini
Peminat di Malaysia juga teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil yang bakal berlangsung pada esok, 22 November 2023 jam 8:30 malam.
Bagi memberikan pengalaman yang memudahkan kepada para penonton, pihak penganjur Live Nation telah memberikan panduan kepada para penonton dari segi tiket masuk.
Untuk makluman, kaunter tiket akan dibuka di Axiata Arena pada jam 12:00pm sehingga 10:00pm.

Bagi mendapatkan e-tiket pula, mereka boleh menerimanya dari akaun GoLive atau e-mel yang telah didaftarkan.
Bagi memudahkan lagi urusan dari segi tiket, penonton boleh memuat turun e-tiket tersebut atau menangkap layar gambar kod QR di dalam telefon bimbit.
Sebagai makluman, tiada tiket berbentuk fizikal akan diberikan bagi persembahan konsert ini.
E-tiket atau kod QR hanya boleh ditebus untuk sekali sahaja. Sekiranya penonton menghadapi masalah berkaitan tiket, boleh memfailkan laporan ke Box Office atau kaunter tiket.
Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay Di Malaysia: Live Nation Beri Panduan Tentang Tiket Untuk ‘Third Party’
Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Syed Saddiq Dakwa Malaysia Rugi Besar
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Single’ Beli 2 Tiket Konsert Coldplay Kini Cari Pasangan Untuk Pergi Bersama
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.