Now Reading
[Video] Chris Martin Terjebak Tagline ‘Pinjam 100’, Penonton Konsert Coldplay Di Jakarta Berdekah!

[Video] Chris Martin Terjebak Tagline ‘Pinjam 100’, Penonton Konsert Coldplay Di Jakarta Berdekah!

Semasa membacakan pantun berbahasa Melayu mengikut rentak muzik ketika konsert di Jakarta, vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin mengakhirinya dengan tagline ‘Pinjam 100’ .

coldplay pinjam 100

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Asia merupakan antara persembahan yang dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Mana tidaknya, jualan tiketnya habis licin dibeli oleh para peminat meskipun konsert akan berlangsung selama berhari-hari seperti yang berlaku di Singapura.

Bagi peminat Coldplay di Jakarta, Indonesia, mereka telah berpeluang menonton sendiri konsert bekenaan di Stadium Gelora Bung Karno semalam (15 November).


Gelagat ‘Pinjam 100’ Oleh Vokalis Coldplay Jadi Tumpuan Ramai

Ketika konsert Coldplay di Jakarta, vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin telah menjadi tumpuan para penonton selepas dia dilihat mengikuti trend ‘Pinjam Seratus (Pinjam 100)’.

Ketika membacakan pantun berbahasa Melayu mengikut rentak muzik di atas pentas, Chris mengakhirinya dengan tagline ‘Pinjam 100’ sehingga membuatkan hampir kesemua penonton terhibur dan ketawa berdekah.

“Hari Selasa, ujian fisika, giat belajar, biar lulus, apa kabar Kota Jakarta, boleh dong pinjam 100,” kata Chris Martin.

Gelagat itu juga sempat dirakam oleh seorang penonton lalu dimuat naik di akaun X (Twitter @luvbananpie) sebelum dikongsikan semula oleh pengguna TikTok (@urbansneakersociety) sehingga berjaya meraih 26,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Trend ‘Pinjam 100’ itu asalnya diambil daripada lirik lagu milik sifu Datuk M. Nasir iaitu Nur Nilam Sari nyanyian kumpulan Search dan Awie.

Tagline tersebut kemudiannya mula tular di aplikasi TikTok dan menjadi trending dalam kalangan netizen.

https://www.tiktok.com/@urbansneakersociety/video/7301719945480736005?_r=1&_t=8hOcmrypYvZ

Netizen Terhibur Tengok Gelagat Chris Martin Ikut Trend ‘Pinjam 100’

Di ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan netizen yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat vokalis kumpulan Coldplay itu dan ada yang sempat membuat gurauan kononnya penyanyi tersebut meminta wang 100 dalam matawang Euro.

Malah, mereka juga mengatakan gelagat tersebut hanya berlaku di Indonesia sahaja.

Sumber: TikTok

Konsert Coldplay Di Malaysia 22 November Ini

Peminat di Malaysia juga teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil yang bakal berlangsung pada hari Rabu hadapan iaitu 22 November 2023 ini.

Namun, penganjuran konsert tersebut mendapat tentang beberapa pihak termasuklah Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim.

Ini kerana beliau berpendapat bahawa konsert Coldplay dianggap sebagai tidak menghormati kesedihan dan perasaan simpati terhadap umat Islam di Palestin ketika ini.

Beliau yang juga memegang jawatan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (Muis) turut menambah bahawa kumpulan itu sebelum ini pernah juga terpalit dengan tohmahan kerana menyokong arus songsang LGBT.

Baca Artikel Berkaitan: “Konsert Coldplay Dianggap Tak Hormat Kesedihan & Perasaan Umat Islam Di Palestin” – Timbalan Mufti Perak

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Syed Saddiq Dakwa Malaysia Rugi Besar

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Single’ Beli 2 Tiket Konsert Coldplay Kini Cari Pasangan Untuk Pergi Bersama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd