Now Reading
90% Gelang Dipulangkan, Penonton Konsert Coldplay Di Malaysia Antara Tertinggi Kembalikan Xylobands

90% Gelang Dipulangkan, Penonton Konsert Coldplay Di Malaysia Antara Tertinggi Kembalikan Xylobands

Senarai pemulangan gelang Xylobands oleh penonton di Tokyo, Jepun mencatat jumlah tertinggi iaitu 97% dan diikuti Copenhagen, Denmark sebanyak 96%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, konsert kumpulan pop rock Britain, Coldplay telah diadakan pada 22 November tahun lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil

Konsert antarabangsa itu juga dianggap sebagai penutup tirai bagi penganjuran konsert mega pada 2023 di Malaysia.

Penonton Malaysia antara tertinggi catat jumlah pemulangan gelang Xylobands

Dalam konsert jelajah Coldplay Music of the Spheres itu, Malaysia turut tersenarai antara negara yang mencatatkan peratusan pemulangan gelang Xylobands tertinggi ketika ini.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram Coldplay Malaysia, peratusan pemulangan gelang lampu yang juga dikenali sebagai ‘PixMob’ itu adalah sebanyak 90%.

“Malaysia kini berada antara negara tertinggi merekodkan pemulangan gelang tersebut dan secara tidak langsung menunjukkan peminat di Malaysia menyokong usaha kitar semula daripada Coldplay.

“Bagi yang tidak tahu, gelang tersebut dipakai oleh peminat ketika acara konsert sedang berlangsung. la akan menyala mengikut rentak lagu yang dipersembahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut akaun itu lagi, gelang tersebut perlu dipulangkan semula oleh para penonton kepada pihak penganjur untuk digunakan pada konsert jelajah seterusnya.

Pulangkan gelang, Jepun dan Denmark catat jumlah tertinggi

Sementara itu, senarai pemulangan gelang Xylobands oleh penonton di Tokyo, Jepun mencatat jumlah tertinggi iaitu 97% dan diikuti Copenhagen, Denmark sebanyak 96%.

Argentina pula berada di tangga ketiga dengan 94% seterusnya Kaohsiung, Taiwan meraih pemulangan gelang sebanyak 93%. Malaysia pula berada di tangga kelima.

Indonesia catat peratusan pulangkan Xylobands sebanyak 77%

Sebelum ini, sebuah portal dari Indonesia melaporkan kadar pulangan bagi gelang Xylobands di negara itu adalah 77%. Laporan pada 28 November 2023 itu diterbitkan selepas tular dakwaan yang hanya 52% yang memulangkannya.

Untuk info, konsert jelajah Coldplay Music of the Sphere merupakan antara acara yang mencatatkan jumlah kehadiran penonton tertinggi di Malaysia sepanjang 2023 dengan anggara kira-kira 75,000 orang.

Artikel Berkaitan: “Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Malaysia Terlepas Peluang Ekonomi” – Syed Saddiq [Video]

Artikel Berkaitan: Coldplay Lencun Sepanjang Konsert, Cipta Lagu Tentang Hujan Khas Untuk Peminat Malaysia [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd