Now Reading
“Konsert Coldplay Dianggap Tak Hormat Kesedihan & Perasaan Umat Islam Di Palestin” – Timbalan Mufti Perak

“Konsert Coldplay Dianggap Tak Hormat Kesedihan & Perasaan Umat Islam Di Palestin” – Timbalan Mufti Perak

Beliau yang juga memegang jawatan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (Muis) turut menambah bahawa Coldplay itu sebelum ini pernah juga terpalit dengan tohmahan kerana menyokong arus songsang LGBT.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, kumpulan rock dari British, Coldplay bakal menggegarkan pentas di Kuala Lumpur buat pertama kalinya pada 22 November ini. Malah, lebih 400,000 orang peminat telah ‘beratur’ secara atas talian di laman web penganjur untuk mendapatkan tiket konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour.

Walau bagaimanapun, susulan konflik peperangan di antara Palestin-Israel pada ketika ini membuatkan beberapa pihak meluahkan rasa tidak setuju sekiranya konsert tersebut masih tetap diadakan meskipun ramai cakna tentang ribuan nyawa yang telah terkorban di Gaza, Palestin.


Timbalan Mufti Perak Beri Pendapat Isu Konsert Coldplay

Memetik kenyataan Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim, beliau meluahkan bahawa konsert Coldplay dianggap sebagai tidak menghormati kesedihan dan perasaan simpati terhadap umat Islam di Palestin ketika ini.

Beliau yang juga memegang jawatan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (Muis) turut menambah bahawa kumpulan itu sebelum ini pernah juga terpalit dengan tohmahan kerana menyokong arus songsang LGBT.

“Penganjuran konsert yang dibawa khas daripada luar ini, apatah lagi terpalit dengan tohmahan menyokong arus songsang LGBT pada waktu peperangan yang sedang berlaku di Gaza yang sudah meragut ribuan nyawa umat Islam, adalah sangat bertentangan dengan nilai agama dan persaudaraan sesama Islam.

“(Justeru) Muis meminta pihak berkuasa membatalkan konsert ini bagi menghormati perasaan sedih dan simpati terhadap saudara kita di Palestin yang sedang dibom dan diserang hingga membabitkan lebih 11,000 nyawa sudah terkorban,” jelasnya menerusi satu kenyataan di Facebook.


Muis Kecam Keras Penganjuran Konsert Coldplay

Mengulas lanjut, beliau menambah Muis mengecam keras penganjuran konsert Coldplay dan pada masa yang sama turut menggesa kesemua pihak untuk tidak melepaskan diri daripada bertanggungjawab membantu serta menolong saudara Islam di Palestin menerusi semua aspek terutamanya doa, sumbangan, serta penyebaran keprihatinan kepada seluruh masyarakat.

“Muis meminta supaya umat Islam tidak terbabit dengan penganjuran konsert ini, dan Muis juga mengingatkan bahawa kelalaian mereka terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin adalah suatu dosa pengabaian yang akan dipersoalkan kelak,” tegasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda PAS Buat Surat Terbuka Untuk Khairul Aming, Luah Rasa Kecewa Kerana Sokong Konsert Coldplay


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd