Now Reading
Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Syed Saddiq Dakwa Malaysia Rugi Besar

Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Syed Saddiq Dakwa Malaysia Rugi Besar

Syed Saddiq menganggarkan konsert Coldplay: Music of the Spheres di Singapura meraih RM180 juta daripada hasil jualan tiket.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Jualan tiket konsert Music of the Spheres World Tour oleh Coldplay di Singapura yang berlangsung semalam (20 Jun) telah ‘sold out’ dengan serta-merta. Sebelum itu, rata-rata peminat band rock itu terkejut dengan pengumuman konsert selama empat hari di Singapura berbanding hanya satu hari di Kuala Lumpur, Jakarta dan Bangkok.

Pra-jualan tiket konsert pada 19 Jun amat laku dan telah menyebabkan hari kelima konsert diumumkan dengan pembelian tiket dibuka pada 20 Jun. Lebih mengejutkan lagi, Coldplay mengumumkan konsert hari keenam di Singapura pada 31 Januari 2024 ketika jualan tiket sedang berlangsung!

BACA JUGA: Coldplay Music Of The Spheres: Singapura Dapat 6 Hari, Gais!


Syed Saddiq Kata Malaysia Terlepas Peluang Ekonomi

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menerusi hantaran Facebook membuat anggaran keuntungan yang bakal diterima oleh Singapura melalui konsert Music of the Spheres selama enam hari di republik itu.

Menurut Syed Saddiq, Stadium Nasional Singapura, lokasi di mana konsert tersebut akan dijalankan mempunyai kapasiti penonton seramai 50,000 orang. Harga purata tiket konsert Coldplay di Singapura adalah sekitar RM600 apabila ditukar ke mata wang Malaysia. Ini bermakna bagi tempoh enam hari jumlah kutipan tiket boleh mencecah sekurang-kurangnya RM180 juta.

Selain itu, konsert Music of the Spheres bakal memberikan keuntungan yang tinggi buat syarikat penerbangan. Dengan menganggarkan harga penerbangan pergi balik antara Kuala Lumpur dan Singapura sebanyak RM350, syarikat penerbangan akan dapat mengutip sekitar RM350,000 bagi seribu rakyat Malaysia yang ke Singapura menaiki kapal terbang.

Jika seribu rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan penerbangan bagi keenam-enam hari tersebut, syarikat penerbangan boleh mengutip sehingga RM2.1 juta. Kiraan ini belum termasuk syarikat penerbangan di negara-negara jiran, yang mana ramai penduduknya akan turut ke Singapura bagi menyaksikan persembahan Coldplay.

Syed Saddiq juga tidak lupa untuk merangkumi perbelanjaan pelancong ketika melawat Singapura. Apabila berada di negara orang sudah tentu pelancong akan berbelanja untuk makan minum, apatah lagi untuk merasai hidangan tempatan yang ‘viral’.

Dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM500 bagi makan minum dan kos-kos lain dalam satu hari, Singapura akan dapat meraih sekurang-kurangnya RM3 juta dalam enam hari daripada 1,000 orang pelancong setiap hari.

@syedsaddiq Singapore 6 – 1 Malaysia Nope. This is not about football. It’s about Coldplay. Siapa untung? Siapa rugi? Share pandangan di komen pls. #syedsaddiq #coldplay #malaysia #coldplaysingapore #shows #concerts #concertsgoers #fyp #vidalavida #GGMU #MU ♬ Viva La Vida

Syed Saddiq turut memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya. Pelancong pasti akan menempah tempat tinggal seperti bilik hotel apabila melancong ke Singapura. Lagi-lagi ketika menonton konsert yang kebiasaannya akan habis pada lewat malam. Tak sempat nak kejar ‘flight’ balik ke negara asal!

Di samping kos yang dikeluarkan oleh pelancong, individu yang bekerja dalam bidang berkenaan pengurusan konsert seperti ‘event management’, ‘floor management’ dan ‘lighting expert’ turut meraih keuntungan. Oleh itu, konsert tersebut dilihat membuka peluang pekerjaan kepada golongan tertentu.


Pemikiran Utamakan Duit Masalah Akidah & Fahaman Materialisme

Seorang pengguna Facebook, Izzat Jo, tidak bersetuju dengan dakwaan Syed Saddiq seolah-olah Malaysia kerugian besar kerana hanya mengadakan konsert Coldplay selama satu hari berbanding enam hari di Singapura. Dia berkata, pemikiran yang mengutamakan duit menunjukkan masalah akidah dan bersifat materialistik.

Izzat Jo mengaitkan keadaan tersebut dengan kisah pembukaan kota Mekah dan perintah oleh Allah SWT yang melarang orang bukan Islam memasuki ke tanah haram.

Ekonomi di Mekah ketika itu hanya bergantung kepada jual beli dengan kebanyakan pelanggan adalah jemaah haji yang berkunjung ke Baitullah. Memandangkan ramai penduduk tanah Arab masih belum memeluk agama Islam, penduduk Mekah berasa risau kerana jumlah pengunjung yang berkurangan akan menyebabkan perniagaan mereka terkesan.

Allah SWT kemudiannya berfirman:

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

At-Talaq, Ayat 2-3

Menurut Izzat Jo, perkara ini dikaitkan dengan masalah akidah kerana ketidakyakinan manusia terhadap rezeki yang diberi oleh Allah SWT. Sebaliknya, manusia merasakan hanya usaha sendiri, walaupun atas perkara mungkar, yang akan mendatangkan rezeki.

Izzat Jo mengingatkan umat Islam supaya bertakwa kepada Allah SWT dan yakin denganNya sebagai pemberi rezeki.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd