Now Reading
Konsert Coldplay Di Malaysia: Live Nation Beri Panduan Tentang Tiket Untuk ‘Third Party’

Konsert Coldplay Di Malaysia: Live Nation Beri Panduan Tentang Tiket Untuk ‘Third Party’

Kaunter tiket bagi konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dibuka di Axiata Arena pada jam 12:00pm sehingga 10:00pm.

coldplay

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selama berbulan-bulan menunggu, akhirnya peminat Coldplay di Malaysia bakal menonton persembahan kumpulan British itu buat pertama kali di negara ini.

Keterujaan itu terserlah selepas jualan tiket konsert berkenaan mendapat permintaan yang sangat tinggi sehingga habis dijual dalam tempoh yang singkat sahaja.

Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour itu bakal berlangsung pada Rabu hadapan (22 November) jam 8:30 malam.


Live Nation Beri Panduan Kepada Penonton Konsert Coldplay Di Malaysia

Bagi memberikan pengalaman yang memudahkan kepada para penonton, pihak penganjur Live Nation telah memberikan panduan kepada para penonton menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@livenation.my).

Untuk makluman, kaunter tiket akan dibuka di Axiata Arena pada jam 12:00pm sehingga 10:00pm.

Tiket Infiniti (Infinity Tickets)

Bagi membolehkan penonton menebus e-tiket, mereka perlu ke Box Office dan menunjukkan kad pengenalan bagi mengesahkan identiti.

Selain itu, peminat yang tidak mempunyai kad pengenalan yang sah tidak dibenarkan untuk menebus tiket mereka.

E-Tiket

Bagi mendapatkan e-tiket pula, mereka boleh menerimanya dari akaun GoLive atau e-mel yang telah didaftarkan.

Bagi memudahkan lagi urusan dari segi tiket, penonton boleh memuat turun e-tiket tersebut atau menangkap layar gambar kod QR di dalam telefon bimbit.

Sebagai makluman, tiada tiket berbentuk fizikal akan diberikan bagi persembahan konsert ini.

E-tiket atau kod QR hanya boleh ditebus untuk sekali sahaja. Sekiranya penonton menghadapi masalah berkaitan tiket, boleh memfailkan laporan ke Box Office atau kaunter tiket.

Pemegang Tiket Sebagai Orang Ketiga

Sekiranya ada di antara anda yang tidak dapat hadir ke konsert Coldplay ini dan tiket yang sudah dibeli diberikan kepada orang lain, individu tersebut perlu mengemukakan beberapa dokumen seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan, lesen memandu atau pasport yang memaparkan nama pemilik tiket sebenar.
  • Dokumen yang menyokong kepada sebab peralihan pemilikan tiket itu.

Sekiranya dokumen ini tidak dibawa bersama, individu berkenaan berkemungkinan tidak mendapat kebenaran untuk masuk ke dalam lokasi konsert.

Penebusan Gelang Tangan

Kaunter untuk mengambil gelang tangan (wristband) akan dibuka di booth ‘Enhance Experience Redemption’ bermula dari jam 12:00 tengah hari ke atas.

Setiap penonton perlu menunjukkan e-tiket mereka sebelum dibolehkan untuk menerima gelang tangan tersebut.

Hanya satu gelang tangan sahaja yang akan diberikan kepada setiap penonton.

Kepada para peminat Coldplay yang akan menonton persembahan konsert ini, jaga barangan peribadi anda dan enjoy!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Chris Martin Terjebak Tagline ‘Pinjam 100’, Penonton Konsert Coldplay Di Jakarta Berdekah!

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Syed Saddiq Dakwa Malaysia Rugi Besar

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Single’ Beli 2 Tiket Konsert Coldplay Kini Cari Pasangan Untuk Pergi Bersama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd