Now Reading
Orang Ramai Pulang Awal Dari Konsert Ed Sheeran Gara-gara Nak ‘Kejar’ LRT?

Orang Ramai Pulang Awal Dari Konsert Ed Sheeran Gara-gara Nak ‘Kejar’ LRT?

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Leila, ramai pengunjung konsert Ed Sheeran di Stadium Nasional Bukit Jalil mula pulang selepas mendengar lagu ‘Perfect’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sabtu lalu (24 Februari), Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dimeriahkan dengan kedatangan penyanyi terkenal Britain, Ed Sheeran bersempena konsert tour + − = ÷ ×.

Sepanjang konsert tersebut, sebanyak 20 buah lagu telah dipersembahkan termasuklah Shape Of You, Photograph, Happier dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Ed Sheeran Live In KL Pada 24 Februari 2024, Tiket Mula Dijual 27 Oktober Nanti!

Berasa seronok dengan keterujaan para peminat dari Malaysia, Ed Sheeran sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkesempatan hadir ke konsert keduanya di stadium berkenaan.


Pengunjung Pulang Semasa Konsert Ed Sheeran Masih Berjalan

Dalam pada ramai peminat Ed Sheeran berhibur dengan persembahan yang luar biasa, namun ramai juga pengunjung dilihat mengosongkan pekarangan stadium walaupun konsert masih belum berakhir.

Menerusi hantaran yang tular di laman TikTok (@lbxd), kelihatan orang ramai sedang keluar daripada ruangan konsert tersebut semasa Ed Sheeran sedang menyanyikan sebuah lagu.

Pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Leila berkata pengunjung mula pulang selepas mereka mendengar persembahan lagu terkenal oleh penyanyi berkenaan iaitu ‘Perfect’.

Sumber: Instagram (@pluriness/@izzat.zlkfli)

Perkongsian itu bagaimanapun mencuri perhatian netizen selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter).

Netizen berkata bahawa segelintir pengunjung yang hadir ke konsert tersebut merupakan golongan FOMO (fear of missing out) dan tidak benar-benar berseronok dengan persembahan Ed Sheeran.

Mereka berada di sana bukan untuk enjoy konsert. Pergi konsert sebab nak nampak macam ‘it’ people. Tahu lagu Ed Sheeren pun setakat satu atau dua je. Record 1-2 reel (video Instagram), lepas itu pergi (pulang) sebab tak tahu nak enjoy apa.

Netizen.
https://twitter.com/maafcakaplah/status/1761555386497474887?s=

Beli Tiket Konsert Untuk Ikut Trend?

Menjengah ke ruangan balas, segelintir netizen dilihat bersetuju dengan komen yang telah dilontarkan. Ada yang berkata bahawa para pengunjung sanggup membeli tiket konsert semata-mata untuk mengikuti trend zaman kini.

“Kesian kan generasi sekarang ni. Sanggup buat apa sahaja demi nak fit to the trend and society,” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Pulang Awal Untuk ‘Kejar’ LRT

Namun begitu, ramai juga netizen dipercayai pengunjung konsert tersebut berkata orang ramai membuat keputusan untuk keluar awal dari stadium kerana mahu ‘kejar’ pengangkutan awam LRT (light rail transit) dan MRT (mass rapid transit) yang beroperasi seperti waktu normal.

Sumber: Malay Mail

Sebelum ini, seorang wanita menerusi laman X telah bertanya kepada pengendali akaun Rapid KL sama ada jadual waktu LRT dan MRT akan dipanjangkan susulan konsert tersebut.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, Rapid KL mengesahkan bahawa stesen Bukit Jalil akan mengikut waktu operasi normal dan dijadualkan tamat jam 11.50 malam.

Sumber: X

Walaupun telah menerima permintaan daripada Perbadanan Stadium Malaysia untuk melanjutkan masa perkhidmatan, namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana pihak Rapid KL perlu mengutamakan kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dijadualkan.

Hal ini bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan di LRT Laluan Ampang berulang lagi.

Baca Artikel Berkaitan: LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Akan Beroperasi Sepenuhnya Semula Akhir Februari Ini

Baca Artikel Berkaitan: LRT Laluan Ampang Alami Kelewatan Akibat Penjajaran Landasan Bengkok

Menurut seorang individu, alasan pengunjung keluar awal kerana berasa khuatir tentang ketiadaan pengangkutan pulang ke rumah adalah satu perkara yang munasabah.

“Ikut pengalaman saya sebab nak kejar train kerana LRT tak panjangkan masa. Kalau keluar lewat memang crowded di train dan sesak nafas. Memang pernah tak sempat naik sebab itulah train terakhir dan ia tak berhenti di sesetengah stesen. Terpaksa tempah Grab RM30,” ujar seorang netizen.

Sumber: X

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd