Now Reading
LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Akan Beroperasi Sepenuhnya Semula Akhir Februari Ini

LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Akan Beroperasi Sepenuhnya Semula Akhir Februari Ini

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling sebelum ini dilaporkan mengalami masalah atas faktor keselamatan berikutan penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada hari ini (9 Januari) telah membuat pengumuman tentang pembukaan semula operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang-Sri Petaling pada akhir bulan Februari 2024.

Memetik Kosmo, LRT laluan Ampang-Sri Petaling yang ditutup sebelum ini akan beroperasi semula sepenuhnya selepas kerja pembaikan struktur jejambat dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya telah selesai.

Anthony memaklumkan kini pihak Rapid KL sedang melakukan ujian perjalanan bagi memastikan segalanya berjalan lancar sebelum dibuka semula untuk kegunaan orang ramai.

Sukacita untuk saya umumkan, semua kerja-kerja baikpulih telah siap, sekarang ujian sedang dilaksanakan dan akan mengambil masa dalam beberapa minggu lagi. Ia akan beroperasi semula pada akhir Februari 2024 selepas kerja-kerja pembaikan menyeluruh struktur jejambat dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya sudah siap.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau membuat pengumuman tersebut ketika menghadiri sesi pembentangan laporan prestasi Prasarana 2023 dan pelan 2024 di Menara UOA pada hari ini (9 Januari).


Kerosakan Struktur Jejambat Akibat Kerja Pembinaan Punca Stesen LRT Laluan Ampang Alami Masalah

Pada 27 Januari 2023 yang lalu, perkhidmatan LRT Laluan Ampang dilaporkan mengalami gangguan atas faktor keselamatan berikutan masalah penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Rapid KL dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter (@askrapidkl) memaklumkan pemerhatian awal mereka mendapati puncanya adalah kerana kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan tersebut.

Sumber: X (Twitter @askrapidkl)

Atas faktor keselamatan juga, pihak Rapid KL telah menutup buat sementara waktu laluan di antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya sehingga status keselamatannya terjamin.

Tren dari Putra Heights juga berpatah balik di Plaza Rakyat manakala tren dari Sentul Timur pula akan berpatah balik di stesen Bandaraya.

Rapid KL juga telah menyediakan perkhidmatan bas perantara yang akan membawa pengguna di antara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.

Baca Artikel Berkaitan: LRT Laluan Ampang Alami Kelewatan Akibat Penjajaran Landasan Bengkok

Baca Artikel Berkaitan: Proses Baiki Landasan LRT Laluan Ampang Ambil Masa 2 Minggu – Anthony Loke


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd