Now Reading
Staf Rapid KL Tolong Penumpang Ambil AirPods Di Landasan Tren Raih Pujian

Staf Rapid KL Tolong Penumpang Ambil AirPods Di Landasan Tren Raih Pujian

Menurut lelaki dikenali sebagai Shahqeel, AirPods itu terjatuh melalui lubang pintu tren selepas dirinya ditolak oleh penumpang lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam kini sinonim dengan rakyat Malaysia kerana ia lebih mudah berbanding terpaksa hadap trafik sesak di jalan raya.

Namun begitu, para penumpang perlulah memastikan segala barangan peribadi disimpan dengan baik ketika menaiki pengangkutan awam bagi mengelakkan ia hilang, dicuri, tercicir dan sebagainya.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang menaiki monorel apabila barangan peribadi miliknya terjatuh ke landasan kereta api tanpa sengaja.


AirPods Lelaki Jatuh Ke Landasan Monorel

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@shahqeelaiman98), seorang lelaki dikenali sebagai Shahqeel menunjukkan situasi di mana AirPods miliknya terjatuh ke landasan stesen monorel Bukit Bintang.

Menurut lelaki itu, peranti tersebut terjatuh selepas penumpang lain di monorel menolaknya hingga menyebabkan AirPods itu terjatuh menerusi lubang pintu yang terbuka.

Sumber: TikTok (@shahqeelaiman98)

Kakitangan Rapid KL Bantu Ambil AirPods Terjatuh

Pada awalnya, Shahqeel berniat untuk turun ke rel berkenaan dan mengambil sendiri AirPods tersebut, namun dia bertukar fikiran kerana bimbang akan keselamatan diri.

Oleh itu, dia bertindak mendapatkan pertolongan daripada kakitangan stesen dan pekerja Rapid KL untuk mengambil AirPods yang terjatuh.

Alhamdulillah ada pekerja seorang lelaki dan kakak berbangsa India tolong ambil ear piece (AirPods) saya. Thank you so much Rapid KL dan staf.

Shahqeel Aiman.
https://www.tiktok.com/@shahqeelaiman98/video/7340211718276123912

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap AirPods Yang Jatuh Ke Landasan

Menjengah ke ruangan komen, netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut. Ada yang berkata situasi dilalui oleh Shahqeel itu adalah sebab mengapa mereka masih menggunakan earbuds atau earphone berwayar.

“Saya takut kalau AirPods saya terkeluar (dari telinga). Lubang telinga pula kecik, kalau tengah naik pegangkutan awam saya akan pakai earphone berwayar untuk keselamatan,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@shahqeelaiman98)

Sementara itu, ada juga dilihat berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang pernah terjadi apabila mereka menggunakan AirPods atau earphone tanpa wayar.

“Baru kelmarin AirPods dua-dua jatuh dalam jamban tempat aku kerja. Rasa heartbreak sebab betul-betul tak sempat sambut. Jamban pula jenis kedalam dan tak boleh nak capai, pasrah,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@shahqeelaiman98)

Dalam pada itu, ramai juga di kalangan warganet mengingatkan orang ramai untuk tidak sesuka hati turun ke landasan kereta api tanpa sebarang pengawasan dan kebenaran pihak berkuasa.

“Peringatan untuk semua, kalau barang jatuh memang suruh pekerja. Tolong jangan ambil sendiri bahaya,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@shahqeelaiman98)

Panduan Keselamatan Semasa Berada Di Platform Kereta Api

Keselamatan diri adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi jika berada di stesen dan platform kereta api. Hal ini bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Sumber: Malay Mail

Di sini kami kongsikan beberapa panduan keselamatan oleh My Rapid buat orang ramai khususnya para penumpang. Antaranya:

  • Jangan tergesa-gesa ketika menaiki tangga, eskalator dan semasa berada di platform.
  • Menjaga langkah agar diri sendiri tidak terjatuh atau tergelincir.
  • Berdiri jauh dari pintu tren.
  • Beri laluan kepada penumpang untuk keluar daripada tren sebelum memasukinya.
  • Dilarang menceroboh landasan trek.
  • Laporkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pelanggan sekiranya terjumpa barang tidak dijaga.
  • Berdiri di belakang garisan kuning ketika sedang menunggu tren tiba.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Stesen Tren Di LA Penuh Sampah Siap Pakej Muntah, Ramai Bersyukur Dengan LRT & MRT Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Tren Tiba-tiba Berhenti” – Penumpang KTM Dakwa Kena ‘Sidai’ Hampir 1 Jam, Mohon Anthony Loke Ambil Tindakan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd