Now Reading
“Tren Tiba-tiba Berhenti” – Penumpang KTM Dakwa Kena ‘Sidai’ Hampir 1 Jam, Mohon Anthony Loke Ambil Tindakan

“Tren Tiba-tiba Berhenti” – Penumpang KTM Dakwa Kena ‘Sidai’ Hampir 1 Jam, Mohon Anthony Loke Ambil Tindakan

Tren yang sering berhenti di stesen Batang Benar itu didakwa mengalami gangguan bekalan elektrik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengangkutan awam sering digunakan oleh masyarakat setempat lebih-lebih dalam kalangan pelajar dan pekerja yang bekerja di ibu kota.

Antara pengangkutan awam yang menjadi pilihan ramai adalah seperti bas dan kereta api kerana ianya mudah dan menjimatkan masa.

Mana tidaknya, kalau dilihat pada waktu pagi sudah pasti lebuh raya akan sesak dengan kenderaan. Semuanya berpusu-pusu menuju ke destinasi masing-masing.


Kereta Api Berhenti Hampir 1 Jam Di Stesen Batang Benar Akibat Gangguan Bekalan Elektrik

Namun lain pula yang terjadi apabila pengangkutan awam yang sepatutnya lebih pantas iaitu Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) didakwa sering mengalami masalah sama iaitu kenderaan tersebut akan berhenti selama hampir satu jam di stesen Batang Benar.

Aduan tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna KTM menerusi satu ciapan di laman X (Twitter @sybwho) pada 16 Oktober lalu.

Dakwa individu berkenaan, tempoh berhenti yang lama itu disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik.

Sebagai pengguna tetap KTM sejak tiga tahun lalu, individu tersebut mendapati tiada sebarang penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap isu elektrik dan tren yang terhenti secara tiba-tiba.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsi, kelihatan beberapa penumpang yang menaiki komuter itu berdiri di luar sementara menunggu perkhidmatan kembali berfungsi.

Sumber: X (Twitter @sybwho)

Kereta Api Berhenti Lama Undang Kesulitan Kepada Para Penumpang

Berikutan masalah berpanjangan pada pengangkutan awam tersebut, penumpang itu percaya bahawa isu tersebut telah membawa kesulitan kepada orang ramai lebih-lebih lagi mereka yang berhadapan dengan perjalanan itu sejak awal pagi.

“Ramai orang bergantung kepada KTM untuk perjalanan harian mereka ke tempat kerja, sekolah dan aktiviti lain kerana ia adalah cara yang mudah serta bebas lalu lintas,” ujar pengguna itu.

Pengguna itu telah menggesa pihak berkuasa untuk lebih cakna tentang perkara ini dan mengambil langkah lanjut bagi meningkatkan keselesaan perkhidmatan tren KTM pada masa akan datang.


Penumpang Buat Aduan Kepada Anthony Loke

Dalam masa sama, penumpang tersebut telah memaklumkan isu berkenaan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke agar tindakan susulan boleh diambil bagi menangani masalah ini.

Namun menerusi semakan kami setakat ini, Anthony Loke dan pihak pengurusan KTM masih belum membuat sebarang kenyataan berkaitan aduan berkenaan.

Kami akan mengemas kini artikel ini sekiranya mendapat apa-apa info daripada pihak berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: 16 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Seminggu Mulai Hari Ini, 9 November

Baca Artikel Berkaitan: Tren Shuttle Padang Besar Ke Hat Yai Mula Kembali Operasi Hari Ini, 15 Julai

Baca Artikel Berkaitan: Joget Lambak Meriahkan Keretapi Sarong 2023, Peserta Ikuti ‘Dance Step’ Penari Utama


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd