Now Reading
Joget Lambak Meriahkan Keretapi Sarong 2023, Peserta Ikuti ‘Dance Step’ Penari Utama

Joget Lambak Meriahkan Keretapi Sarong 2023, Peserta Ikuti ‘Dance Step’ Penari Utama

Keretapi Sarong 2023 bermula pada jam 8.30 pagi, 16 September di tujuh stesen terpilih sebelum peserta memulakan perjalanan ke Dataran Merdeka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keretapi Sarong 2023 sempena Hari Malaysia telah berlangsung pada 16 September baru-baru ini di Dataran Merdeka. Dianggarkan seramai lebih 10,700 masyarakat berbilang kaum dan bangsa telah membanjiri acara tersebut walaupun cuaca panas terik.

@zlurrys Kita post apa yang ada dulu!! #keretapisarong23 #teamgombak ♬ original sound – Zlur

Acara berkonsep ‘flash mob’ itu bermula sejak 8.30 pagi di tujuh stesen terpilih iaitu Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral.

Pelbagai persembahan dijalankan di stesen-stesen tersebut sebelum para peserta menaiki pengangkutan awam untuk ke lokasi terakhir iaitu Dataran Merdeka. Di stesen MRT Bandar Utama, peserta berkesempatan menyaksikan persembahan tarian tradisional oleh ‘aunties Bandar Utama’ berpakaian kebaya nyonya serta kumpulan pemuzik dikir barat.

@iesham88 Aunty aunty bandar utama bergabung untuk persembahan #keretapisarong mewakili #teambandarutama untuk #harimalaysia #kebayanyonya #otaimasihberbisa ♬ Joget Pahang – Siti Nurhaliza

Menurut Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, tema Etnik pada tahun ini dipilih kerana masyarakat majmuk di Malaysia meraikan perbezaan di samping berbangga dengan identiti kebersamaan.

Acara ini bukan hanya sambutan meraikan akar budaya kita tetapi juga bukti kekuatan dan perpaduan kita bersama. Sama ada anda merayakan warisan Melayu, Cina, India, atau pribumi, biarkan pakaian etnik atau Sarong anda menjadi representasi akar budaya dan perpaduan dalam kepelbagaian.

Shamsul Bahrin Zainuzzaman, Pengarah Program KS2023

Pengalaman Team TRP Sebagai Pengunjung Keretapi Sarong 2023

Kami di TRP juga berpeluang untuk menghadiri Keretapi Sarong sebagai pengunjung. ‘Flash mob’ tersebut memang sangat meriah dengan kehadiran rakyat berbilang kaum yang setiapnya menggayakan pakaian etnik masing-masing.

Bukan sahaja para wanita cantik menyarungkan pakaian tradisional budaya masing-masing, tetapi para lelaki juga tidak kalah untuk sama-sama bergaya!

Dianggarkan seramai 30% peserta Keretapi Sarong tahun ini memakai pakaian tradisional Sarong dan etnik daripada pelbagai suku Sabah dan Sarawak.

Sumber gambar: Sharifah Nur Syafiqah

Walaupun cuaca terik, kelihatan beberapa keluarga turut hadiri perayaan tersebut bersama anak-anak, semuanya lengkap berbusana tradisional.

Yang menariknya, Keretapi Sarong 2023 bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat warganegara Malaysia, tetapi juga orang luar yang turut bersama-sama mengenakan pakaian tradisional negara.

Seperti dalam kebanyakan perayaan patriotik negara, Keretapi Sarong 2023 siap ada lori Milo! Itu antara yang paling best buat kami sebab dapat minum Milo free di samping mengimbau kembali kenangan zaman sekolah.


Peserta Berarak Dari Pasar Seni Ke Dataran Merdeka

Setelah bertolak dari stesen masing-masing, peserta akan turun di stesen Pasar Seni sebelum berarak beramai-ramai ke Dataran Merdeka. Ketika di dalam kereta api, mereka menyanyikan pelbagai lagu patriotik kebangsaan dan lagu-lagu tradisional. Malah, ada juga yang sempat bermain permainan “Goreng Pisang” sepanjang perjalanan itu.

Setibanya di Dataran Merdeka, acara pembukaan dimulakan diikuti dengan bacaan Rukun Negara yang diketuai oleh pelakon Tony Eusoff.

Sumber gambar: @puteriarchy/ X

Hadirin kemudiannya disajikan dengan Sarong Creative Fashion Show, persembahan oleh AirAsia, ‘stand-up comedy’ oleh Harith Iskandar, serta persembahan oleh Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan persembahan lagu ‘Rahsia Petua’.


Joget Lambak Aktiviti Paling Meriah

Mungkin antara yang paling meriah adalah acara Joget Lambak yang melibatkan seluruh peserta melakukan ‘flash mob’ tarian, bukan sahaja di atas pentas tetapi juga di padang Dataran Merdeka. Peserta membentuk beberapa kumpulan dan mempersembahkan tarian tradisional mengikut beberapa penari utama.

Program itu turut merangkumi cubaan Malaysia Book of Record oleh Wonda, yang mana lebih 500 peserta membentuk satu garisan dan menuang teh tarik tanpa henti.

Dianggarkan seramai 10,700 oran
Hadirin mengelilingi beberapa penari utama dalam acara Joget Lambak. (Sumber gambar: Sharifah Nur Syafiqah).

Di samping itu, beberapa aktiviti lain turut menghiasi sambutan itu seperti permainan tradisional, persembahan silat, dan Viper Challenge. Pelbagai gerai jualan turut dibuka di sekitar KS2023 yang menjual pakaian, kraftangan, serta makanan dan minuman.

Antara aktiviti lain yang berlangsung sepanjang program tersebut adalah Kuih Piknik X Keretapi Sarong (oleh Media Prima Berhad), Sejarah Sarong, Sarong Serantau, dan Segar Sarong. Dalam slot Stail Sekarang, peserta diajar pelbagai cara untuk menggayakan sarong.

Kuih Piknik X Keretapi Sarong dianjurkan oleh Media Prima Berhad dan merangkumi tayangan premier filem Doh. (Sumber gambar: Sharifah Nur Syafiqah).

Sumber: Harian Metro


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd