Now Reading
Proses Baiki Landasan LRT Laluan Ampang Ambil Masa 2 Minggu – Anthony Loke

Proses Baiki Landasan LRT Laluan Ampang Ambil Masa 2 Minggu – Anthony Loke

Stesen LRT Bandaraya serta Masjid Jamek hanya akan dibuka selepas kerja-kerja pembaikan dan landasan yang rosak kembali selamat digunakan.

lrt laluan ampang rosak (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kelewatan perkhidmatan Tren Aliran Ringan (LRT) dilaporkan sekali lagi berlaku di laluan Ampang pada 27 Januari lalu disebabkan kerosakan penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan kerosakan itu berlaku berpunca daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan jajaran landasan LRT itu.

Atas faktor keselamatan, pihak Rapid KL telah menutup buat sementara waktu laluan di antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya sehingga status keselamatannya terjamin.

Bagi memudahkan pergerakan, Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas perantara yang akan membawa pengguna di antara stesen LRT yang terjejas.

BACA JUGA: LRT Laluan Ampang Alami Kelewatan Akibat Penjajaran Landasan Bengkok

lrt-laluan-ampang-rosak
Sumber: Twitter @askrapidkl

Berikutan insiden yang berlaku itu, Angkatan Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga telah menjelaskan bahawa kerja pembangunan yang dijalankan bersebelahan landasan LRT serta di dalam kawasan Rizab Kedua LRT telah dijalankan tanpa sebarang perundingan dengan pihak mereka di bawah Peraturan-peraturan Kereta Api (Zon Perlindungan Kereta Api) 1998 [P.U. (A) 367].

Selaras dengan Peraturan 8 P.U. (A) 367, pihak APAD memberi cadangan langkah keselamatan kepada Datuk Bandar untuk menggantung serta-merta kerja pembangunan dan aktiviti terhad di zon perlindungan kereta api sehingga punca sebenar diketahui.

BACA JUGA: APAD Gesa Datuk Bandar Gantung Kerja Pembinaan Bersebelahan Landasan LRT Bengkok

Kerja Pembaikan Landasan LRT Laluan Ampang Dijangka Siap Dalam Tempoh 2 Minggu

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kerja-kerja pembaikan jajaran landasan LRT laluan Ampang yang sebelum ini dilaporkan mengalami kerosakan dijangka mengambil masa dalam tempoh dua minggu.

Kerosakan tersebut akan dibaiki oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) serta pihak perunding yang telah dilantik.

lrt-laluan-ampang-rosak
Sumber: MalayaMail

Kerja-kerja pembaikan itu akan melibatkan dua fasa iaitu fasa pendek dalam tempoh dua minggu untuk membaiki semula struktur yang mengalami kerosakan.

Setelah selesai, fasa panjang pula akan bermula bagi memastikan struktur itu sudah kukuh dan selamat untuk digunakan semula.

Kami tiada pilihan lain selain menunggu agar struktur jajaran landasan tersebut kukuh semula kerana isu ini melibatkan keselamatan para pengguna. Pembukaan stesen LRT Bandaraya dan Masjid Jamek akan hanya dibuka selepas semuanya kembali selamat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Dalam pada itu, Anthony juga memohon maaf kepada penumpang terhadap kesulitan yang berlaku selepas menerima banyak laporan.

Beliau juga sedang memantau proses pembaikan yang dilakukan dan telah menggerakkan 200 kakitangan Prasarana bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd