Now Reading
Pelancong Jerman Kesal ‘Ditendang’ Keluar Dari Bas Kerana Tak Ada Kad Touch ‘N Go

Pelancong Jerman Kesal ‘Ditendang’ Keluar Dari Bas Kerana Tak Ada Kad Touch ‘N Go

Tiga orang pelancong itu dipercayai tidak dibenarkan memasuki bas tersebut dan terpaksa diturunkan di hentian bas tepi jalan yang tidak berbumbung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila kita melancong ke luar negara, sesetengah orang akan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam berbanding menyewa kereta bagi menjimatkan kos.

Di Malaysia, pelbagai pilihan pengangkutan awam disediakan bagi memudahkan pergerakan orang ramai seperti bas RapidKL dan, LRT, MRT, BRT dan sebagainya.

Bagi membolehkan penggunaan pengangkutan awam berkenaan, para penumpang memerlukan kad Touch ‘N Go yang perlu ditambah nilai.


Pelancong Jerman ‘Ditendang’ Dari Bas Kerana Tidak Miliki Kad Touch ‘N Go

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@big_laddo), satu situasi telah berlaku di mana sekumpulan pelancong dari Jerman terpaksa keluar dari bas RapidKL gara-gara tidak memiliki kad Touch’ ‘N Go.

Dalam video berkenaan, tiga orang pelancong itu dipercayai tidak dibenarkan memasuki bas tersebut dan terpaksa diturunkan di hentian bas tepi jalan yang tidak berbumbung.

Difahamkan, mereka telah menunggu di hentian bas di sekitar kawasan Gombak, Selangor dan mahu menuju ke ibu kota Kuala Lumpur.

Sumber: TikTok @big_laddo

Situasi yang berlaku telah menyebabkan tiga orang pelancong ini meluahkan rasa kecewa selepas memikirkan waktu mereka yang sudah terbuang ketika menunggu bas.

Tambah pelancong itu lagi, perjalanan mereka akan menjadi lebih mudah sekiranya mengetahui keperluan untuk membuat kad Touch ‘N Go.

Kami dah lama tunggu bas. Kami kecewa sangat sebab tak boleh naik bas. Tak ada maklumat pun tentang cara kami untuk bayar tiket bas. Bila dah masuk bas, baru cara bayar macam itu rupanya. Sekarang kami tak tahu macam mana nak balik rumah.

Pelancong Jerman.

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Situasi Yang Berlaku

Situasi melibatkan sekumpulan pelancong itu telah meraih pelbagai reaksi netizen dan ada yang menganggap keadaan yang berlaku itu boleh dielakkan sekiranya mereka membuat kajian terlebih dahulu.

Menurut netizen, ia adalah satu perkara yang perlu dilakukan oleh setiap pelancong sebelum berkunjung ke sesebuah negara yang tidak pernah dilawati.

“Mereka boleh cari di laman web tentang cara untuk menggunakan servis komuter di Malaysia. Semuanya dah ada dalam laman web, tinggal cari atau bertanya pada orang sekeliling je,” kata netizen.

Pada masa sama, ada juga netizen yang memberi cadangan agar mereka membeli kad Touch ‘N Go berkenaan di kedai serbaneka seperti 7 Eleven atau KK Mart. Namun, pemilik video menjelaskan ia hanya dijual di stesen minyak sahaja.

Oleh kerana semakin sukar untuk mendapatkan kad tersebut, segelintir masyarakat mempersoalkan perkara itu dan mengkritik bahawa masalah yang berlaku perlu diperbaiki bagi menaikkan ekonomi negara.

Selain itu, ada juga netizen yang memberi cadangan agar kerajaan Malaysia menggunakan sistem yang sama seperti di Singapura iaitu memberikan pilihan kad Visa dan Master.

“Kenapa tak mesra Visa atau Master? Saya pergi Singapura minggu lepas dan saya cuma guna kad kredit je untuk penggangkutan awam. Senang!” kata netizen.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd