Now Reading
Stesen LRT Masjid Jamek Dibuka Mulai Hari Ini, 1 Februari

Stesen LRT Masjid Jamek Dibuka Mulai Hari Ini, 1 Februari

Pembukaan LRT Masjid Jamek ini merupakan operasi percubaan akhir oleh RapidKL sebelum dibuka sepenuhnya pada akhir Februari ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi pengguna perkhidmatan rel sekitar Lembah Klang, anda kini boleh meneruskan perjalanan ke Stesen Masjid Jamek tanpa perlu menukar tren di Stesen Hang Tuah bermula 1 hingga 16 Februari 2024.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Rapid KL semalam (31 Januari), operasi tersebut merupakan percubaan terakhir sebelum dibuka sepenuhnya kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun, mereka yang mahu ke Stesen Bandaraya dari Stesen Masjid Jamek masih perlu menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi meneruskan perjalanan.

RapidKL juga memaklumkan pembukaan sepenuhnya dijangka akan bermula pada penghujung Februari ini bergantung kepada penilaian dan kelulusan dari pihak berkuasa.

Memetik Harian Metro, Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail Nor Azmi Mohd Yusof berkata mereka juga akan berusaha untuk meningkatkan kekerapan tren ketika waktu puncak.

Kekerapan tren pada waktu puncak akan dipertingkatkan dengan masa menunggu 3.5 minit bagi daerah pusat perniagaan dan tujuh minit luar daerah pusat perniagaan.

Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail Nor Azmi Mohd Yusof.

Tambahnya lagi, jumlah tren LRT juga akan ditambah mulai hari ini (1 Februari) daripada 24 tren sebelum ini kepada 31 tren.

Pihak Rapid Rail berharap dengan pembukaan semula laluan ini kelak, ia akan dapat mengembalikan keselesaan pengguna dan jumlah penumpang akan dapat ditingkatkan kerana penumpang tidak perlu lagi menukar tren atau menggunakan khidmat bas perantara.

Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail Nor Azmi Mohd Yusof.

Kerosakan Struktur Jejambat Akibat Kerja Pembinaan Punca Stesen LRT Laluan Ampang Alami Masalah

Pada 27 Januari 2023 yang lalu, perkhidmatan LRT Laluan Ampang dilaporkan mengalami gangguan atas faktor keselamatan berikutan masalah penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Rapid KL dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter (@askrapidkl) memaklumkan pemerhatian awal mereka mendapati puncanya adalah kerana kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan tersebut.

Sumber: X (Twitter @askrapidkl)

Atas faktor keselamatan juga, pihak Rapid KL telah menutup buat sementara waktu laluan di antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya sehingga status keselamatannya terjamin.

Tren dari Putra Heights juga berpatah balik di Plaza Rakyat manakala tren dari Sentul Timur pula akan berpatah balik di stesen Bandaraya.

Rapid KL juga telah menyediakan perkhidmatan bas perantara yang akan membawa pengguna di antara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.

Baca Artikel Berkaitan: LRT Laluan Ampang Alami Kelewatan Akibat Penjajaran Landasan Bengkok

Baca Artikel Berkaitan: Proses Baiki Landasan LRT Laluan Ampang Ambil Masa 2 Minggu – Anthony Loke


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd