Now Reading
Golongan OKU Boleh Naik Pengangkutan Awam Secara Percuma Mulai Februari Ini

Golongan OKU Boleh Naik Pengangkutan Awam Secara Percuma Mulai Februari Ini

Pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada yang mahu mengaktifkan pas OKU SMILE boleh berbuat demikian mulai Isnin (15 Januari 2024) di mana-mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas terpilih.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengumumkan satu berita baik kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berkaitan perkhidmatan awam.

Prasarana menerusi satu kenyataan berkata, golongan OKU boleh menaiki pengangkutan rel dan bas secara percuma dengan melanggan pas OKU SMILE yang diperkenalkan oleh Prasarana mulai 1 Februari ini.

Bagi mereka yang sudah mempunyai pas tersebut, ia boleh diperbaharui semula manakala individu yang belum memilikinya pula boleh membuat permohonan.

Untuk memudahkan pendaftaran pas ini, pihak Prasarana akan membuka kaunter bergerak menerusi siri jelajah yang diadakan.

Pas ini membolehkan pengguna OKU menikmati tambang percuma bermula 1 Februari depan. Prasarana juga akan mengadakan siri jelajah ke beberapa persatuan OKU bagi memberi penerangan berkaitan produk ini.

Prasarana.

Tambang percuma yang diberikan ini adalah sebagai langkah untuk menggalakkan komuniti OKU menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan harian mereka.

Sumber: Rapid KL

Lokasi Untuk Aktifkan Pas OKU SMILE

Kepada pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada yang mahu mengaktifkan pas OKU SMILE boleh berbuat demikian mulai Isnin (15 Januari 2024) di mana-mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas terpilih.

Antara hab bas Rapid KL yang menyediakan perkhidmatan ini adalah di:

  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  • KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Pearl Point
  • Sunway Pyramid
  • Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam

Untuk has bas Rapid Penang pula adalah seperti berikut:

  • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
  • Terminal Bas Weld Quay
  • Komtar
  • Bukit Jambul
  • Balik Pulau
  • Bukit Mertajam
  • Kompleks Dato Kailan Kepala Batas
  • Penang Sentral

Bagi penduduk di Kuantan, mereka boleh melakukan urusan tersebut di hab Bas Rapid Kuantan bertempat di Hentian Bandar Kuantan.

Sumber: Rapid KL

Panduan Untuk Pengguna Yang Belum Mempunyai Kad Konsesi OKU

Buat mereka yang belum mempunyai kad konsesi OKU Prasarana, permohonan boleh dibuat di kaunter pendaftaran konsesi seperti berikut;

  • Rapid KL 
    • Hab Pasar Seni
    • Stesen MRT Conlay (MRT Laluan Putrajaya)
  • Rapid Penang 
    • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
    • Terminal Bas Weld Quay
    • Komtar
    • Bukit Jambul
    • Balik Pulau
    • Bukit Mertajam
    • Kompleks Dato Kailan Kepala Batas
    • Penang Sentral
  • Rapid Kuantan 
    • Terminal Hentian Bandar

Dalam pada itu, pengguna diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan verifikasi untuk membuat permohonan kad konsesi OKU bagi membolehkan langganan pas OKU SMILE.

Proses pengeluaran kad di kaunter akan mengambil masa sekitar 10 sehingga 15 minit.

Pengguna Rapid KL dan Rapid Kuantan juga boleh memohon kad konsesi ini secara dalam talian menerusi laman MyRapid dan perlu memuat naik salinan kad pengenalan, kad OKU JKM dan gambar berukuran pasport berlatar belakang warna putih atau biru.

Pemohon boleh memilih lokasi pengambilan kad konsesi seperti yang tertera di dalam borang permohonan.

Pada masa yang sama, bayaran RM5 akan dikenakan bagi kos pengeluaran kad tersebut. Bagi membolehkan anda menggunakan pas OKU SMILE, pengguna perlu memastikan kad tersebut mempunyai baki minima RM5.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd