LRT Laluan Ampang Alami Kelewatan Akibat Penjajaran Landasan Bengkok
Bagi memudahkan pergerakan, Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas perantara yang akan membawa pengguna di antara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Perkhidmatan Tren Aliran Ringan (LRT) merupakan pengangkutan utama kebanyakan rakyat Malaysia untuk pergi ke tempat kerja setiap hari di sekitar Lembah Klang.
Namun masalah sistem pengangkutan awam yang lemah di Malaysia bukanlah perkara asing lagi selepas beberapa kejadian pernah berlaku menyebabkan kesesakan di beberapa stesen tren.
BACA JUGA: [Video] Stesen LRT Pasar Seni Sesak Bagai ‘Tin Sardin’ Dek Kerja Naik Taraf Tren Pada Waktu Puncak

Malah, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pernah beberapa kali membuat penyamaran bagi memeriksa sendiri perkhidmatan tersebut terutamanya ketika waktu puncak.
BACA JUGA: Anthony Loke Sekali Lagi ‘Turun Padang’ Pantau Masalah Teknikal LRT Laluan Kelana Jaya
Penjajaran Landasan Bengkok Punca LRT Laluan Ampang Mengalami Kelewatan
Pada pagi hari ini (27 Januari), perkhidmatan LRT Laluan Ampang dilaporkan mengalami kelewatan atas faktor keselamatan berikutan masalah penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.
Rapid KL dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter (@askrapidkl) memaklumkan pemerhatian awal mereka mendapati puncanya adalah kerana kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan tersebut.
Jurutera Rapid Rail sedang berada di kawasan terbabit bagi menilai keadaan bersama-sama dengan pakar struktur bagi memastikan keselamatan dan kekukuhan.
Rapid KL.
Atas faktor keselamatan juga, pihak Rapid KL akan menutup buat sementara waktu laluan di antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya sehingga status keselamatannya terjamin.
Dalam pada itu, kelajuan perkhidmatan LRT Ampang juga akan dikurangkan dan menyebabkan sedikit kelewatan berlaku.
Anggaran tempoh menunggu adalah sekitar sembilan minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan.
Tren dari Putra Heights juga akan berpatah balik di Plaza Rakyat manakala tren dari Sentul Timur pula akan berpatah balik di Stesen Bandaraya.
Perkhidmatan Bas Perantara Disediakan Di Antara Stesen LRT
Bagi memudahkan pergerakan, Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas perantara yang akan membawa pengguna di antara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.
- Stesen Bandaraya ke Plaza Rakyat
- No Bas : WVH9594
- No Bas : W7486Q
- Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya
- No Bas : WUX5708
- No Bas : WVC3984
- Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya
- No Bas : PJJ7149
- No Bas : WUW1702
- Stesen Bandaraya ke Sentul Timur
- No Bas : W3607T
Anggota Polis Bantuan juga telah dikerah ke stesen-stesen utama bagi mengawal kesesakan.
Susulan perkara yang berlaku ini, pihak Rapid Rail membuat permohonan maaf atas kelewatan dan kesulitan yang dialami oleh para penumpang.
PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG MENGALAMI KELEWATAN ATAS FAKTOR KESELAMATAN
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) January 26, 2023
KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Perkhidmatan LRT Laluan Ampang kini sedang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok (“kinked”) berhampiran stesen LRT Bandaraya. pic.twitter.com/LYOXtP0abz
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.