Konsert Ed Sheeran Live In KL Pada 24 Februari 2024, Tiket Mula Dijual 27 Oktober Nanti!
Pemegang kad bank UOB berpeluang menyertai pra-jualan pada 25 Oktober 2023 untuk pembelian tiket konsert Ed Sheeran di Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
“Cause we were just kids when we fell in love, not knowing what it was, I will not give you up this time..”
Kepada peminat Ed Sheeran yang selalu menyanyi lirik lagu Perfect ini di dalam kereta, percaya atau tidak, korang berpeluang untuk menonton penyanyi Ed Sheeran mempersembahkan lagu ini secara live di Malaysia pada tahun depan.
Yes, Ed Sheeran akan buat konsert live di Kuala Lumpur! Confirm ramai yang excited kan?
Konsert Ed Sheeran +–=÷× Tour Di Kuala Lumpur Pada Februari 2024
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@aegpresentasia), Ed Sheeran bakal mengadakan konsert + – = ÷ x Tour di Asia bermula tahun hadapan.
Lebih mengujakan lagi adalah apabila Kuala Lumpur turut tersenarai dalam siri jelajah tersebut.
Konsert Ed Sheeran secara live di Kuala Lumpur ini akan berlangsung selama satu hari pada 24 Februari 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Persembahan konsert Ed Sheeran itu akan menjadi lebih istimewa apabila seorang lagi penyanyi terkenal dijemput sebagai tetamu undangan iaitu Calum Scott.
Antara negara Asia lain yang juga menjadi pilihan Ed Sheeran untuk jelajahnya adalah:
- Osaka, Jepun
- Tokyo, Jepun
- Kaohsiung, Taiwan
- Bangkok, Thailand
- Singapura
- Jakarta, Indonesia
- Manila, Filipina
- Mumbai, India
Jualan Tiket Konsert Ed Sheeran +–=÷× Tour Di Kuala Lumpur
Kepada korang yang tak sabar untuk mendapatkan tiket ke konsert ini, berikut adalah tarikh yang perlu diambil perhatian.
- Pra-jualan untuk pemegang kad bank UOB: 25 Oktober 2023 bermula jam 10:00 pagi sehingga 27 Oktober 2023 jam 9:59 pagi.
- Jualan secara terbuka (general sale): 27 Oktober 2023 bermula jam 12:00 tengah hari.
Jualan tiket boleh dilakukan di laman web GoLive Asia dengan klik [DI SINI].
Sehingga kini, harga tiket masih belum diumumkan.
Nota: Setiap individu hanya dihadkan kepada enam tiket sahaja bagi setiap transaksi pembelian.
Antara lagu-lagu popular Ed Sheeran adalah seperti:
- Shape Of You
- Photograph
- Perfect
- Thinking Out Loud
- Bad Habits
- Castle On The Hills
Kepada korang yang nak mendapatkan tiket, get ready 27 Oktober nanti!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.