Now Reading
Ed Sheeran ‘Enjoy’ Berada Di Malaysia, Siap Pergi Buat Seni Batik & Main Badminton

Ed Sheeran ‘Enjoy’ Berada Di Malaysia, Siap Pergi Buat Seni Batik & Main Badminton

Ed Sheeran juga tidak ketinggalan untuk berkunjung ke sebuah kedai bunga dan membeli sebuah gubahan bunga sebagai tanda terima kasih kepada ahli kru yang bersamanya untuk siri jelajah dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 24 Februari lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Perfect’ iaitu Ed Sheeran telah melangsungkan persembahan konsert di Malaysia bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Para peminatnya sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk menonton nyanyiannya secara langsung yang kali terakhir dilakukan di Kuala Lumpur pada tahun 2019 yang lalu.

Selain Ed Sheeran, ramai lagi artis yang pernah membuat persembahan di Malaysia seperti Coldplay, Billie Eilish, dan BLACKPINK.

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Ed Sheeran Live In KL Pada 24 Februari 2024, Tiket Mula Dijual 27 Oktober Nanti!

Baca Artikel Berkaitan: Fahmi Fadzil Umum Konsert Ed Sheeran Boleh Diteruskan


Ed Sheeran Cipta Kenangan Indah Sepanjang Berada Di Malaysia

Ketika berada di Malaysia untuk persembahan konsert jelajah + – = ÷ x, Ed Sheeran berkesempatan untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram penyanyi ini (@teddyphotos), Ed Sheeran dilihat melakukan seni bercorak batik serta berbual dengan penduduk tempatan yang merupakan peminat Ipswich Town, iaitu sebuah kelab bola sepak Inggeris tajaan penyanyi ini.

Bukan itu sahaja, Ed Sheeran juga tidak ketinggalan untuk berkunjung ke sebuah kedai bunga dan membeli sebuah gubahan bunga sebagai tanda terima kasih kepada ahli kru yang bersamanya untuk siri jelajah dunia.

Tambah Ed Sheeran lagi, dia yang pertama kali bercukur secara tradisional di kedai gunting tempatan mendedahkan ini merupakan hasil paling ‘clean’ pernah dimiliknya.

Sumber: Instagram @teddyphotos

Peka dengan perkembangan di Malaysia, Ed Sheeran juga mengetahui bahawa rakyat Malaysia sememangnya minat dengan sukan badminton.

Tetapi siapa sangka penyanyi ini sempat meluangkan masa untuk bermain badminton bersama pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon yang juga pengasas Akademi Badminton CPS.

Memandangkan Peng Soon seorang yang profesional, Ed Sheeran telah berganding dengan influencer tempatan iaitu JinnyBoy dan Joseph untuk berlawan dengan pemain badminton yang handal tersebut.

Sumber: Instagram @teddyphotos

Ketika dihubungi sebelum bertemu dengan Ed Sheeran, Peng Soon berpendapat ia adalah cara yang baik untuk mempromosikan sukan dan negara Malaysia.

Walaupun hanya bermain selama satu jam, pengalaman ini cukup berharga buat Peng Soon.

Sumber: Instagram @teddyphotos

Bagi mengingati pengalaman seumur hidup ini, mereka sempat bertukar baju jersi di mana Peng Soon memberikan jersi Akademi Badminton CPS manakala penyanyi berkenaan pula memberikan jersi kegemarannya dari Ipswich Town.

Selepas selesai bermain badminton, JinnyBoy dan Joseph memperkenalkan kepada Ed Sheeran tentang seni yee sang (lou sang).


Peminat Teruja Ed Sheeran Enjoy Berada Di Malaysia

Pengalaman yang dikongsikan oleh Ed Sheeran sepanjang berada di Malaysia membuatkan para peminatnya teruja melihat artis kegemaran mereka menikmati pelbagai pengalaman di Malaysia.

Boleh dikatakan ramai juga yang berharap agar penyanyi lagu ‘Photograph’ ini akan kembali ke negara ini pada masa akan datang.

Perkongsian video ini secara tidak langsung membuatkan peminat di luar negara juga dapat melihat suasana di Malaysia yang dipenuhi dengan pelbagai budaya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd