Now Reading
Fahmi Fadzil Umum Konsert Ed Sheeran Boleh Diteruskan

Fahmi Fadzil Umum Konsert Ed Sheeran Boleh Diteruskan

Menurut Fahmi Fadzil, permohonan persembahan konsert itu sudah melalui proses semakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dibenarkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (31 Januari), Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor telah mengulas isu tentang kebenaran penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran yang yang didakwa sebagai penyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Beliau dalam masa sama menggesa Kementerian Komunikasi mengambil kira dan menghormati pandangan mufti sebelum membenarkan sebarang acara hiburan termasuk konsert dilakukan di Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Pulau Pinang Seru Kerajaan Batal Konsert Ed Sheeran

Susulan topik yang hangat diperkatakan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau sudah merujuk perkara tersebut dengan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL).

Tambah beliau, permohonan persembahan konsert itu sudah melalui proses semakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum diberi kebenaran.

“Saya terima baik pandangan Mufti Pulau Pinang mengenai perkara ini, namun antara 16 agensi yang terbabit dalam perbincangan untuk memutuskan permohonan mana-mana persembahan artis luar negara melalui jawatankuasa PUSPAL ialah (JAKIM).

“Sudah pasti saringan teliti dibuat oleh semua agensi ini, jadi saya mohon supaya proses sedia ada ini (diikuti), kita ambil maklum pandangan tetapi kita ada prosesnya,” kata menteri itu dalam satu sidang media.


Konsert Masih Boleh Diteruskan

Berbicara tentang acara hiburan yang akan dianjurkan, Fahmi berkata tiada sebarang perubahan kepada kelulusan permohonan konsert penyanyi antarabangsa tersebut.

Meskipun begitu, pihak Kementerian Komunikasi akan meneliti perkara itu dengan lebih lanjut sekiranya sebarang tindakan perlu diambil.

Buat masa ini, ya (konsert masih boleh diteruskan).

Fahmi Fadzil.
Sumber: Malay Mail

Jualan Tiket Konsert Ed Sheeran Dibuka Pada 23 Oktober 2023

Terdahulu, penyanyi lagu ‘Perfect’, Ed Sheeran telah mengumumkan dia akan mengadakan konsert + – = ÷ x Tour di serantau Asia bermula tahun ini dan Malaysia menjadi salah satu destinasinya.

Pengumuman dalam masa sama telah membuatkan peminatnya dari Malaysia berasa teruja.

Pra-jualan tiket persembahan konsert Ed Sheeran yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil selama satu hari itu telah dibuka pada 25 Oktober 2023 manakala jualan secara terbuka adalah pada 27 Oktober 2023 lalu.

Persembahan itu juga akan mencipta kelainan kerana turut melibatkan penyanyi terkenal Calum Scott sebagai tetamu undangan.

Harga jualan tiket konsert tersebut pula bermula serendah RM198 dan maksimum RM1,388. Berikut adalah harga tiket konsert berdasarkan kategori:

  1. CAT 1: RM1,388
  2. CAT 2: RM888
  3. CAT 3: RM788
  4. CAT RM598
  5. CAT 5: RM498
  6. CAT 6: RM398
  7. CAT 7: RM298
  8. CAT 8: RM258
  9. CAT 9: RM198
Sumber: Ed Sheeran KL 2024

Buat yang berminat, cepat-cepat dapatkan segera tiket anda sebelum sold out!

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Ed Sheeran Live In KL Pada 24 Februari 2024, Tiket Mula Dijual 27 Oktober Nanti!

Baca Artikel Berkaitan: Isu Saranan Tunda Konsert Siti Nurhaliza, Mufti Pulau Pinang Jelaskan Bukan Pertikai Niat Atau Tujuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd