Now Reading
Mufti Pulau Pinang Seru Kerajaan Batal Konsert Ed Sheeran

Mufti Pulau Pinang Seru Kerajaan Batal Konsert Ed Sheeran

Menurut Wan Salim, kerajaan perlu menghormati pandangan mufti sebelum membenarkan sebarang konsert dilakukan di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum pasti mengetahui penganjuran konsert dalam negara pasti mendapat perhatian banyak pihak.

Meskipun ada yang bersetuju dengan penganjurannya atas faktor ekonomi dan pelancongan, ada segelintir pihak yang kurang gemar khususnya golongan agamawan kerana ia disifat sebagai melalaikan.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Saranan Tunda Konsert Siti Nurhaliza, Mufti Pulau Pinang Jelaskan Bukan Pertikai Niat Atau Tujuan

Hari ini (31 Januari), Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor telah diminta untuk mengulas tentang penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran yang dijadualkan pada 24 Februari akan datang.

Berbicara tentangnya, Dr Wan Salim menyeru Kementerian Komunikasi mengambil kira dan menghormati pandangan mufti sebelum membenarkan sebarang acara hiburan termasuk konsert dilakukan di Malaysia.

Kebenaran mengadakan konsert melibatkan artis luar negara yang dikatakan penyokong tegar komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Dr Wan Salim, pandangan mengenai larangan konsert tersebut bukanlah ijtihad ulama tetapi berdasarkan nusus syar’iyyah yang disebut dengan jelas dalam al-Quran dan hadis.


Kerajaan Tak Patut Buka Ruang Kepada Amalan Maksiat

Tambah beliau, kerajaan tidak sepatutnya membuka ruang kepada penganjuran konsert artis di Malaysia yang majoritinya terdiri daripada penduduk beragama Islam.

Tegasnya, amalan maksiat menerusi konsert bukan sahaja dilarang dalam agama Islam bahkan oleh semua agama yang lain.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mencegah kemungkaran seperti mana dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, Surah al-Haj Ayat 41. Sebagai mufti saya rasa bertanggungjawab bagi menggesa pihak kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi supaya membatal segera kebenaran bagi mengadakan konsert berkenaan.

Dr Wan Salim.

Dalam pada itu, mufti berkenaan menyeru orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam konsert tersebut yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Mufti Ingatkan Jangan Kerjasama Dengan Perkara Mendatangkan Dosa

Beliau juga memberi peringatan bahawa agama Islam dilarang sama sekali untuk bekerjasama dalam perkara mendatangkan dosa atau maksiat seperti yang tertulis di dalam kitab suci al-Quran.

“Semua agama menentang aktiviti LGBT kerana ia membawa negara dan umat ke jurang kemusnahan,” ujar beliau.

Terdahulu, penyanyi Ed Sheeran mengumumkan dia akan mengadakan konsert + – = ÷ x Tour di Asia bermula tahun ini dan Malaysia menjadi salah satu destinasinya.

Pengumuman itu membuatkan peminatnya dari Malaysia berasa teruja.

Persembahan konsert Ed Sheeran yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan mencipta kelainan keran turut melibatkan penyanyi terkenal Calum Scott sebagai tetamu undangan.

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Ed Sheeran Live In KL Pada 24 Februari 2024, Tiket Mula Dijual 27 Oktober Nanti!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd