Now Reading
Admin ‘Fan Page’ Beyonce Di Twitter Hairan Lihat Penyanyi Ini Dikaitkan Dengan PAS

Admin ‘Fan Page’ Beyonce Di Twitter Hairan Lihat Penyanyi Ini Dikaitkan Dengan PAS

Gambar penyanyi Beyonce yang telah dimuat naik oleh admin akaun peminat di media sosial seolah-olah menyerupai logo PAS kerana berwarna hijau dan mempunyai bulatan putih.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Beyonce, nama yang tidak lagi asing dalam dunia hiburan antarabangsa. Penyanyi yang dibesarkan di Houston, Texas ini telah memenangi pelbagai anugerah besar.

Pada tahun ini, Beyonce juga telah mengukir sejarah selepas dinobatkan sebagai pemenang terbanyak sepanjang penganjuran Grammy sejak anugerah tersebut diperkenalkan pada tahun 1958.

Bukan sebarangan penyanyi. Memang power!


Beyonce Jadi Meme Parti PAS Di Media Sosial

Baru-baru ini, gambar bintang terkenal itu telah tular di kalangan pengguna X (Twitter) rakyat Malaysia.

Foto yang dikongsi oleh akaun peminat Beyonce (@RenaissanceWT), telah mendapat reaksi menghiburkan daripada pengguna kerana ia menyerupai logo parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Seperti dilihat dalam gambar, Beyonce yang memakai baju latex berwarna hijau sambil berbaring memegang bola cahaya putih. Kalau anda sendiri saksikan, memang serupa dengan bendera PAS.

Hantaran gambar tersebut telah dikongsi oleh peminat Beyonce yang bersungguh-sungguh mempromosikan jelajah dunia Renaissance.

Sumber: X (Twitter @RenaissanceWT)

Oleh disebabkan imej gambar yang unik, ia telah mendapat tarikan rakyat tempatan dalam media sosial dan membuatkan ramai berminat dengan akaun itu.

Walaupun begitu, peminat Malaysia tetap menyukainya kerana ia sangat menyerupai logo parti PAS.

Komen orang ramai yang membalas kepada ciapan tersebut dibanjiri dengan ‘meme’, bendera, dan jenaka parti politik berkenaan.

Malah aktivis dan peguam Azira Aziz, turut berkata, “Ia merujuk kepada bendera parti politik Islam konservatif Malaysia, PAS. Ia berwarna hijau dengan bentuk bulatan putih yang besar.”


Admin Tak Faham Gurauan Oleh Rakyat Malaysia

Pemilik akaun peminat itu bagaimanapun keliru dan tidak memahami ciapan balas yang diberikan warganet. Ini berkemungkinan kerana dia bukanlah seorang rakyat Malaysia justeru tidak mengetahui isu politik di negara ini.

Admin dalam masa yang sama bertanya kepada peminat tentang maksud disebalik semua komen dilontarkan.

“Apakah maksud komen di bawah ciapan ini?” ujar admin dalam hantaran itu.

Situasi ini jelas menununjukkan bahawa ianya satu kebetulan bahawa pakaian Beyonce mencerminkan logo parti PAS.

Tetapi siapa tahu, ini mungkin petanda bahawa Queen Bey berkemungkinan melawat Asia Tenggara untuk jelajah yang akan datang!


Malaysia Tidak Tersenarai Dalam Jelajah Dunia Renaissance Beyonce

Untuk makluman semua, Beyonce menerusi Instagram rasminya (@beyonce) pada bulan Februari telah mengumumkan jelajah dunia Renaissance yang bakal dianjurkan.

Namun, terdapat beberapa negara bertuah sahaja yang telah tersenarai dalam jelajah berkenaan. Negara tersebut merangkumi sekitar Eropah dan Amerika Utara.

Malangnya, Malaysia dan Asia tidak tersenarai dalam jelajah dunia tersebut. Mungkin lain kali?

Sumber: Instagram (@beyonce)

Baca Artikel Berkaitan: Taylor Swift Tempah 179 Bilik Hotel Di Four Seasons Mexico Untuk Semua Kru ‘The Eras Tour’

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Joji Live In KL Pada 30 November 2023, Tiket Mula Dijual 2 September Ini

Baca Artikel Berkaitan: The Mersey Beatles Bakal Hadir Di KL Untuk Rai Ulang Tahun The Beatles Ke-60 Pada 26 & 27 Ogos 2023!

Sumber: Murai | Utusan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd