Now Reading
Konsert Joji Live In KL Pada 30 November 2023, Tiket Mula Dijual 2 September Ini

Konsert Joji Live In KL Pada 30 November 2023, Tiket Mula Dijual 2 September Ini

Konsert siri jelajah dunia ‘Pandemonium’ oleh Joji secara ‘live’ akan diadakan di Merdeka Hall, Pusat Dagangan Dunia pada 30 November 2023.

konsert-joji-in-kl-november-30-1

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada anda yang meminati penyanyi terkenal dengan lagu ‘Slow Dancing In The Dark’ iaitu Joji, ada berita gembira untuk kalian!

Penyanyi dan penulis lagu berasal dari Jepun dan berpangkalan di Amerika Syarikat itu membuat pengumuman berkaitan tarikh tambahan untuk siri jelajah dunia ‘Pandemonium’ yang kini turut melibatkan Australia, New Zealand serta Kuala Lumpur!

Siri konsert jelajah tersebut akan akan bermula di Eropah dan Amerika Syarikat, diikuti dengan persembahan di Australia serta beberapa negara Asia.


Tarikh Konsert Joji Di Negara-negara Asia

Konsert siri jelajah dunia tersebut di beberapa negara Asia akan berlangsung mengikut tarikh-tarikh tersebut:

  • 24 November – Taipei (Nangang International Exhibition Centre)
  • 26 November – Bangkok (Very Festival)
  • 28 November – Manila (Araneta Coliseum)
  • 30 November – Kuala Lumpur (Merdeka Hall, Pusat Dagangan Dunia)
  • 3 Disember – Hong Kong (Clockenflap)

Tiket jualan untuk konsert jelajah di Australia dan New Zealand akan mula dijual pada hari Jumaat ini (25 Ogos) jam 2:00 petang waktu tempatan.

Untuk peminat di Asia pula, tiket akan mula dijual pada hari Sabtu, 2 September jam 10:00 pagi waktu tempatan.

Pembelian tiket boleh dilakukan [DI SINI].


Bermula Dari YouTube, Kini Joji Dikenali Seluruh Dunia

Joji atau nama sebenarnya George Kusunoki Miller mempunyai bakat tersendiri dalam menggabungkan pelbagai muzik.

Penyanyi ini pernah menggabungkan beberapa genre muzik seperti trip-hop, lo-fi, elektronik, folk, dan R&B dalam karyanya.

Untuk pengetahuan anda, nama ‘Joji’ berasal daripada sebutan George dalam bahasa Jepun. Dia juga telah menggunakan nama panggung Filthy Frank dan Pink Guy.

Sumber: Instagram Joji

Ketika berusia 18 tahun, Joji berpindah dari Jepun ke Amerika Syarikat dan melancarkan ‘The Filthy Frank Show’ di YouTube dengan mempamerkan jenakanya yang mendapat pujian ramai.

Kemudian pada tahun 2017, dia beralih ke arah penghasilan muzik sepenuh masa di bawah label 88rising.

Single pertama Joji pada tahun 2017 adalah ‘In Tongues’ sebelum melancarkan album sulung iaitu ‘Ballads 1’ pada tahun berikutnya.

Dengan album ‘Ballads 1’, ia telah menduduki tempat ketiga di Billboard 200 dan meraih pensijilan emas pada tahun 2020.

konsert-joji-in-kl-november-30-1
Sumber: Instagram 88rising

Joji kemudiannya berkerjasama dengan beberapa penggiat seni dari negara Asia yang lain seperti Rich Brian dan Higher Brothers serta menghasilkan lagi berjudul ‘Midsummer Madness’ .

Kejayaan Joji dalam bidang muzik semakin berkembang selepas pelancaran album kedua ‘Nectar’ pada tahun 2020

konsert-joji-in-kl-november-30-1
Sumber: Instagram Joji

Lagu terbarunya pada tahun 2022 iaitu ‘Glimpse of Us’ daripada album Smithereens meraih kedudukan teratas dalam carta Billboard Hot 100.

Refleksi sentimental tentang percintaan pada masa lalu telah menjadikan lagu ‘Glimpse of Us’ mendapat tempat di hati para peminat Joji di seluruh dunia.

Sumber: Instagram Joji | Live Nation | Joji Music


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd