Now Reading
Joji Bakal Konsert Di KL Pada Saat Akhir, Netizen Luah Kekecewaan

Joji Bakal Konsert Di KL Pada Saat Akhir, Netizen Luah Kekecewaan

Joji sepatutnya dijadualkan melakukan konsert di Kuala Lumpur pada esok hari (30 November) pada jam 8:30 malam di Merdeka Hall, Pusat Dagangan Dunia.

joji cancel konsert KL

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tinggal lagi satu hari sebelum konsert siri jelajah dunia ‘Pandemonium’ oleh penyanyi dan penulis berasal dari Jepun iaitu Joji yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada esok hari (30 November).

Keterujaan para peminatnya di Malaysia walau bagaimanapun telah bertukar sebaliknya apabila Joji secara tiba-tiba mengumumkan bahawa dia terpaksa membatalkan persembahan konsert di beberapa lokasi seperti Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong.

Dalam hantaran yang diumuat naik di Instagram Story milik Joji (@sushitrash), penyanyi berkenaan menjelaskan pembatalan itu adalah kerana masalah kesihatan yang dialaminya ketika ini.

Joji juga berjanji akan kembali semula selepas sudah kembali sihat seperti biasa.

Pengumuman ini turut dimaklumkan oleh pihak penganjur konsert Joji di Kuala Lumpur iaitu Live Nation di laman Instagram mereka.

Susulan itu, Live Nation memaklumkan mereka bakal memberitahu tentang proses untuk menuntut semula wang dalam masa terdekat dan meminta maaf atas perkara yang berlaku.


Ramai Netizen Bengang Dengan Tindakan Joji Yang Batal Konsert Pada Saat Akhir

Di ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen terutamanya mereka yang sudah membeli tiket bagi menonton persembahan konsert dari penyanyi lagu ‘Slow Dancing In The Dark’ itu.

Malah, ada juga beberapa netizen dari Sarawak, Indonesia dan Singapura yang baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur selepas menaiki kapal terbang semata-mata untuk menghadiri konsert berkenaan.

Mereka turut mempersoalkan tindakan Joji yang membatalkan konsert sehari sebelum dan beranggapan artis terbabit tidak menjaga perasaan para peminatnya.

Pada masa yang sama, netizen juga membangkitkan isu tentang pihak penganjur yang tidak memberikan tarikh baharu untuk konsert berkenaan dan memilih untuk memulangkan semula wang kepada pembeli.

“Kenapa tak reschedule je? Kenapa nak refund?”, tanya seorang netizen di ruangan komen.

Sumber: Instagram @livenation.my

Difahamkan, pihak penganjur baru sahaja mempromosikan sekali lagi tentang konsert Joji pada pagi hari ini (29 November) sebelum hantaran tersebut dipadam dan memaklumkan tentang pembatalannya.

Joji sepatutnya dijadualkan melakukan konsert di Kuala Lumpur pada esok hari (30 November) pada jam 8:30 malam di Merdeka Hall, Pusat Dagangan Dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Joji Live In KL Pada 30 November 2023, Tiket Mula Dijual 2 September Ini


Kerjaya Joji Sebagai Penyanyi

Untuk pengetahuan umum, Joji atau nama sebenarnya George Kusunoki Miller sewaktu berusia 18 tahun telah berpindah dari Jepun ke Amerika Syarikat dan melancarkan ‘The Filthy Frank Show’ di YouTube dengan mempamerkan jenakanya yang mendapat pujian ramai.

Kemudian pada tahun 2017, dia beralih ke arah penghasilan muzik sepenuh masa di bawah label 88rising.

Single pertama Joji pada tahun 2017 adalah ‘In Tongues’ sebelum melancarkan album sulung iaitu ‘Ballads 1’ pada tahun berikutnya.

Joji atau George Kusunoki Miller (Sumber: Instagram @sushitrash)

Dengan album ‘Ballads 1’, ia telah menduduki tempat ketiga di Billboard 200 dan meraih pensijilan emas pada tahun 2020.

Lagu terbarunya pada tahun 2022 iaitu ‘Glimpse of Us’ daripada album Smithereens meraih kedudukan teratas dalam carta Billboard Hot 100.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd