Now Reading
Taylor Swift Tempah 179 Bilik Hotel Di Four Seasons Mexico Untuk Semua Kru ‘The Eras Tour’

Taylor Swift Tempah 179 Bilik Hotel Di Four Seasons Mexico Untuk Semua Kru ‘The Eras Tour’

Tempahan bilik di hotel Four Seasons itu dilakukan ketika Taylor Swift melakukan konsert jelajah dunia ‘The Eras Tour’ di Mexico.

taylor swit four seasons hotel (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Konsert jelajah dunia ‘The Eras Tour’ oleh penyanyi antarabangsa terkenal iaitu Taylor Swift telah mencipta fenomena yang sangat luar biasa.

Bayangkan jualan tiket konsert Taylor Swift di Singapura selama enam hari kesemua sudah habis terjual dalam tempoh yang agak singkat.

Bukan itu sahaja, penangan konsert Taylor Swift yang bakal berlangsung di Singapura pada tahun hadapan juga membuatkan ramai peminatnya sanggup mendaftar sebagai ahli bank UOB semata-mata untuk menyertai sesi pra-jualan.

Artikel Berkaitan: Lebih 1 Juta Pengguna UOB Sertai Pra-Jualan Tiket Konsert Taylor Swift Hari Ini, 5 Julai


Taylor Swift Tempah 179 Bilik Hotel Mewah Di Four Seasons Buat Kru ‘The Eras Tour’ Mexico’

Antara perkara lain yang mengagumkan berlaku disebabkan penangan konsert jelajah ‘The Eras Tour’ adalah apabila Taylor Swift menempah sehingga 179 bilik hotel lima bintang di Four Seasons Mexico untuk semua ahli kru.

Tempahan itu dilakukan semasa mereka berada di Mexico untuk konsert jelajah penyanyi berkenaan.

Sumber: Booking.com

Memetik sumber dari Iaman Instagram Pubity (@pubity), ini merupakan pemberian terbaharu yang dilakukan oleh Taylor Swift kepada tenaga kerja yang menjayakan konsert jelajah dunianya.

Sebelum ini, Taylor Swift juga pernah memberi bonus tambahan bernilai puluhan juta dolar kepada kru ‘The Eras Tour’ termasuklah bonus khas $100,000 (RM464,4500) kepada setiap pemandu trak.


Orang Ramai Puji Tindakan Taylor Swift ‘Belanja’ Kru Bilik Hotel Lima Bintang Di Mexico

Di ruangan komen hantaran dimuat naik itu, rata-rata netizen memuji tindakan Taylor Swift yang baik hati untuk menaja bilik-bilik untuk semua kru di hotel mewah lima bintang.

Hotel Four Seaons ya, bukan biasa-biasa! Siap ada netizen tanya jika masih ada kekosongan untuk menjadi ahli kru ‘The Eras Tour’.

Mereka berpendapat bahawa tidak ramai penggiat seni yang mengambil berat tentang kebajikan ahli kru mereka semasa melakukan konsert jelajah di pelbagai lokasi berbeza.

Tindakan Taylor Swift ini boleh dikatakan agak lain daripada yang lain dan boleh dijadikan contoh kepada penggiat seni di luar sana.

Sumber: Instagram

Profil Taylor Swift

Taylor Swift atau nama sebenarnya Taylor Alison Swift merupakan seorang penyanyi berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat berusia 34 tahun yang telah memulakan kerjaya dalam bidang muzik sejak tahun 2006 ketika berumur 17 tahun.

Antara lagu-lagu popular Taylor Swift yang menjadi kegemaran ramai peminatnya adalah:

  • All Too Well
  • Anti-Hero
  • Blank Space
  • Love Story
  • August
  • Style
  • 22

Selama 17 tahun dalam industri muzik, pelbagai anugerah yang telah diterima seperti 12 anugerah Grammy Awards, 14 MTV Video Music Awards dan hampir 100 Guinness World Records!

Artikel Berkaitan: Lagu Taylor Swift Jadi Pilihan Pelajar GPA 3.5 & Ke Atas Ketika Ulangkaji Pelajaran Sambil Dengar Muzik Di Spotify


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd