Now Reading
Lagu Taylor Swift Jadi Pilihan Pelajar GPA 3.5 & Ke Atas Ketika Ulangkaji Pelajaran Sambil Dengar Muzik Di Spotify

Lagu Taylor Swift Jadi Pilihan Pelajar GPA 3.5 & Ke Atas Ketika Ulangkaji Pelajaran Sambil Dengar Muzik Di Spotify

Berdasarkan kajian oleh College Rover, 30% pelajar yang memperolehi GPA 3.5 ke atas mendengar muzik nyanyian Taylor Swift di Spotify ketika mengulangkaji pelajaran.

10 Artis Pilihan Yang Selalu Didengar Oleh Pelajar CGPA 3.5 Ke Atas. Taylor Swift Pun Tersenarai Ya! (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pelajar ada cara tersendiri untuk mengulangkaji pelajaran mereka lebih-lebih lagi menjelang musim peperiksaan yang memerlukan lebih banyak fokus.

Sesetengah pelajar memerlukan muzik untuk memudahkan mereka mengingati maklumat yang ingin dihafal dan ada juga yang tidak boleh mendengar sebarang muzik supaya otak menjadi lebih tenang.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh College Rover, mereka mendapati bahawa 38% pelajar suka mendengar lagu sambil belajar kerana beberapa faktor seperti:

  • Menjadikan pengalaman belajar lebih menarik dan tidak membosankan.
  • Menenangkan dan tidak stres.
  • Memotivasikan diri.
  • Menaikkan semangat dan daya kreativiti.
  • Meningkatkan daya fokus.
  • Membaik pulih daya ingatan.
  • Membantu dari segi pengurusan masa.

Kajian tersebut melibatkan 1,025 orang pelajar berusia 18 sehingga 23 tahun dan penyelidik dari College Rover telah menganalisis aplikasi Spotify mereka untuk mengetahui jenis-jenis lagu yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang sehingga mendapat GPA 3.5 ke atas.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, jenis muzik bagaimana yang didengari oleh pelajar-pelajar tersebut?

Sumber: Freepik

Jenis-jenis Muzik Yang Boleh Membantu Dalam Pelajaran

Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang memperolehi keputusan GPA 3.5 dan ke atas mendengar muzik yang menenangkan seperti:

  • Klasikal (55%)
  • Instrumental (54%)
  • Indie (53%)
  • Jazz (53%)
  • Folk (52%)
  • Country (52%)
  • Alternative (51%)
  • Pop (51%)
  • Blues (49%)
  • Lo-Fi (49%)
  • EDM (46%)
  • Rock (46%)
  • Hip Hop/Rap (43%)
  • Metal (37%)

Walaupun muzik klasikal menjadi pilihan utama para pelajar dalam kategori pandai ini, tetapi adakalanya mereka memilih untuk mendengar muzik pop untuk membantu mereka ketika sesi ulangkaji yang lama.

Berdasarkan data kajian, penyanyi yang menjadi pilihan utama pelajar golongan pandai ini adalah Taylor Swift dengan jumlah 30% daripada mereka, diikuti dengan The Weeknd (29%), SZA (26%) dan Harry Styles (24%).

Sumber: Instagram

Artis-artis yang turut didengari adalah:

  1. Post Malone (19%)
  2. Ariana Grande (19%)
  3. Kendrick Lamar (19%)
  4. Rihanna (18%)
  5. Drake (17%)
  6. 21 Savage (16%)
  7. Imagine Dragons (15%)
  8. Adele (14%)
  9. Ed Sheeran (14%)
  10. Dua Lipa (13%)

Muzik Yang Menjadi Pilihan Kebanyakan Pelajar Semasa Tempoh Mengulangkaji Pelajaran

Secara umumnya termasuk pelajar yang memperoleh GPA bawah 3.5, 20% daripada jumlah responden memilih untuk mendengar muzik Lo-Fi kerana kajian mendapati bahawa lirik di dalam lagu boleh menganggu memori mereka untuk menghafal sesuatu. 

Antara muzik Lo-Fi yang menjadi pilihan ramai adalah ‘One Summer Day (Spirited Away) dari Kato.

Bagi membantu para pelajar untuk mengulangkaji pelajar, Spotify juga telah mewujudkan ‘playlist’ kepada para pelajar dengan kualiti bunyi membolehkan para pelajar kekal tenang sambil belajar.

Ciri-ciri kualiti yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Purata Bunyi Kenyaringan: -16dB
  • Purata Tempo: 113BPM
  • Purata Ukuran Untuk Mewujudkan Emosi Positif: 0.3 (dalam lingkungan 0 hingga 1)
Sumber: Freepik/Nguyen Kim

Walau bagaimanapun, setiap pelajar mempunyai pilihan dan cara tersendiri untuk membantu diri ketika sesi mengulangkaji.

Bagi penulis sendiri, agak sukar untuk kekal fokus ketika belajar apabila mendengar lagu klasikal kerana mewujudkan suasana mengantuk. Tapi tak apa, masing-masing ada cara tersendiri kan?

Nak dengar lagu boleh, yang penting kena fokus ya. Jangan leka menyanyi pula. 

Artikel Berkaitan: Spotify Bakal Naik Harga

Artikel Berkaitan: ‘Old Love’ Nyanyian Anak Nora Ariffin Terima Anugerah Malaysia Book Of Record, Lagu Paling Banyak Didengari Oleh Rakyat Negara Ini

Sumber: College Rover


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd