Now Reading
Spotify Bakal Naik Harga

Spotify Bakal Naik Harga

Spotify bakal menaikkan harga langganan bulanan di Amerika Syarikat seawal minggu hadapan dan di beberapa pasaran lain juga dalam bulan-bulan akan datang.

spotify naik harga

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau nak dengar lagu, pasti aplikasi Spotify akan muncul di kepala.

Walaupun ada juga aplikasi penstriman muzik lain seperti Apple Music, Apple Music, Joox, dan sebagainya. Rata-rata akan memilih Spotify. Mungkin sebab ‘interface’ lebih mudah dan lebih banyak muzik yang tersedia.

Jika ingin dibandingkan tentang kualiti audio, sokongan ciri tambahan (pembantu digital, lirik, perkongsian senarai main) dan lain-lain, kesemua aplikasi penstriman muzik ini memiliki ciri yang berbeza.

How To Giphy
@howtogiphy

Spotify Integration : Doja Cat


Spotify Umum Bakal Naik Harga

Menerusi laporan The Wall Street Journal, Spotify bakal menaikkan harga langganan bulanan di Amerika Syarikat seawal minggu hadapan dan di beberapa pasaran lain juga dalam bulan-bulan akan datang.

Di US, langganan bulanan adalah bermula dari $10.99 (RM50.33) di mana ia merupakan peningkatan daripada harga sebelum ini iaitu $9.99 (RM45.75) sebulan.

Peningkatan ini dilihat sebagai cara untuk menaikkan lagi pendapatan syarikat Spotify yang telah menjadi platform penstriman muzik terbesar di dunia. Tambahan pula, langkah ini diambil serupa dengan apa yang dilakukan oleh YouTube, Netflix, dan juga Apple yang dilihat telahpun meningkatkan harga langganan sejak akhir-akhir ini.


Pelan Spotify

Berikut adalah pelan sedia ada Spotify sebelum pengumuman kenaikkan harga langganan bulanan:

  • Pelan Premium Individual (1 Akaun): RM14.90/sebulan.
  • Pelan Premium Duo (2 Akaun): RM21.50/sebulan.
  • Pelan Premium Family (6 Akaun): RM24.90/sebulan.
  • Pelan Pelajar: RM8.50/sebulan.

Untuk makluman, Spotify turut hadir dengan pelan PERCUMA di mana pengguna boleh mengakses keseluruhan muzik, tetapi anda hanya akan diberi bilangan langkauan (skip) pada jumlah yang terhad pada setiap jam. Dan kesemua senarai main serta album akan dimainkan secara ‘shuffle’.

Walau bagaimanapun, pelanggan Spotify Premium akan mendapat percubaan (trial) selama sebulan tanpa perlu membayar apa-apa langganan.

Sumber: The Wall Street Journal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd