Now Reading
‘Old Love’ Nyanyian Anak Nora Ariffin Terima Anugerah Malaysia Book Of Record, Lagu Paling Banyak Didengari Oleh Rakyat Negara Ini

‘Old Love’ Nyanyian Anak Nora Ariffin Terima Anugerah Malaysia Book Of Record, Lagu Paling Banyak Didengari Oleh Rakyat Negara Ini

Lagu ‘Old Love’ yang dihasilkan oleh Putri Dahlia dan Yuji meraih lebih daripada 163 juta pendengar di Spotify.

Lagu Anak Nora Ariffin Di Spotify Tajuk 'Old Love' Raih Anugerah Malaysia Book Of Record

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Industri muzik di Malaysia dilihat semakin berkembang dengan adanya golongan muda yang berbakat dalam menghasilkan lagu mengikut rentak moden zaman kini.

Antara yang turut menjadi kegemaran adalah lagu berjudul ‘Old Love’ yang dinyanyikan oleh anak muda warga tempatan.

Lagu tersebut semakin menjadi perhatian ramai apabila ia sering digunakan sebagai latar belakang muzik di dalam video pengguna TikTok.


Lagu ‘Old Love’ Raih Anugerah The Malaysia Book Of Records

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi dan pencipta bersama lagu ‘Old Love’ iaitu Putri Dahlia di laman Instagram miliknya (@itzputridahlia), gadis tersebut meluahkan rasa gembira apabila karyanya bersama Yuji menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records (MBOR).

Anugerah itu diperolehi selepas lagu ‘Old Love’ yang dinyanyikan oleh Putri Dahlia dan Yuji menjadi lagu paling banyak didengari di aplikasi Spotify dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bukan lima atau enam juta ya orang yang mendengarnya, tetapi lebih daripada 163 juta!

Jelas anak kepada penyanyi terkenal Nora Ariffin ini, lagu tersebut dihasilkan pada tahun 2022 ketika dirinya berusia 18 tahun manakala Yuji pula berusia 19 tahun.

Sumber: Spotify

Kami hanya dua remaja yang mempunyai impian dan sangat sukakan muzik. Tak pernah sangka saya akan mencapai apa-apa pencapaian seperti ini. Maaf, saya agak emosi kerana kejayaan ini cukup besar buat saya. Terima kasih semua atas sokongan yang diberikan.

Putri Dahlia.

Dengan lagu ‘Old Love’ ini, Putri berharap ia dapat membuatkan seseorang jatuh cinta atau boleh digunakan untuk meluahkan perasaan sayang kepada mana-mana individu yang disayangi.

Saya berharap lagu ini dapat mengubah hidup seseorang. Kami gembira untuk menghasilkan muzik ini untuk anda semua. Harapnya lagu ini akan kekal menjadi kegemaran orang ramai.

Putri Dahlia.

Putri turut mengucapkan terima kasih kepada Yuji kerana berkerjasama dengannya dalam menghasilkan lagu ‘Old Love’ pada tahun lalu.

Dalam satu hantaran lain, Yuji turut memuat naik gambar di laman Instagram miliknya (@yujikyunn) dengan memegang sijil anugerah dari MBOR itu


Ramai Beri Ucapan Tahniah Kepada Putri Dahlia Dan Yuji Atas Pencapaian Mereka

Di ruangan komen hantaran dimuat naik oleh Putri, ramai yang memberikan ucapan tahniah kepadanya dan Yuji atas kejayaan yang diperoleh menerusi lagu ‘Old Love’.

Mereka pun tumpang bangga dengan pencapaian tersebut.


Ahli Kumpulan K-pop, BTS Pun Dengar Lagu ‘Old Love’!

Lagu ‘Old Love’ ini bukan sahaja menjadi kegemaran rakyat Malaysia, malah lagu ini juga didengari oleh salah seorang ahli kumpulan K-pop BTS iaitu Jungkook ketika membuat siaran ‘live’ di platform Weverse.

Momen ketika lagu itu dipasang di dalam bilik Jungkook juga sempat dirakam melalui ‘sreen record’ dan dimuat naik di laman Instagram Putri sendiri (itsputridahlia).

Jungkook juga mengakui lagu ‘Old Love’ itu sedap didengari dan akan memasukkan muzik tersebut ke dalam ‘library’ lagu untuk didengar semula.

Selain di Spotify, lagu ini juga mendapat perhatian ramai selepas video karya ini yang dimuat naik di laman YouTube (Yuji) meraih 62 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd