Now Reading
The Mersey Beatles Bakal Hadir Di KL Untuk Rai Ulang Tahun The Beatles Ke-60 Pada 26 & 27 Ogos 2023!

The Mersey Beatles Bakal Hadir Di KL Untuk Rai Ulang Tahun The Beatles Ke-60 Pada 26 & 27 Ogos 2023!

The Mersey Beatles terdiri daripada empat anggota iaitu Mark Bloor, Steven Howard, Brian Ambrose, dan Craig McGown yang masing-masing memainkan watak John, Paul, Ringo, dan George.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siapa yang tidak teruja mendengar lagu-lagu The Beatles, kan?

Kalau korang peminat setia kumpulan rock legenda ini, The Mersey Beatles akan mengadakan persembahan magis Beatlemania dalam siri jelajah dunia mereka untuk menyambut ulang tahun ke-60 The Beatles.

Dibawa ke Malaysia oleh YOLO Malaysia, band tribute The Beatles yang amat dinantikan ini akan menghidupkan nostalgia rakyat Malaysia terhadap kumpulan rock yang pernah menggegarkan dunia. Mereka akan mempersembahkan empat (4) persembahan di The Platform @ Menara Ken TTDI pada 26 dan 27 Ogos 2023

Dipuji sebagai band tribute The Beatles terbaik oleh Kelab Peminat Beatles British (British Beatles Fan Club), The Mersey Beatles terdiri daripada empat anggota iaitu Mark Bloor, Steven Howard, Brian Ambrose, dan Craig McGown yang masing-masing memainkan watak John, Paul, Ringo, dan George.

Band tribute ini juga mendapat penghargaan daripada Julia Baird, adik kepada John Lennon, yang menyatakan bahawa The Mersey Beatles benar-benar dapat menghidupkan semula muzik dan lagu-lagu The Beatles.


“Come Together”

Empat persembahan “Come Together” di Malaysia akan diadakan di The Platform @ Menara Ken TTDI pada 26 dan 27 Ogos 2023, dengan dua persembahan setiap hari pada jam 3.30 petang dan 8 malam. Tiket-tiket bagi persembahan ini berharga RM368, RM288, RM238, dan RM188, kini boleh dibeli melalui www.yoloasia.com.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket ke “Come Together” bersama The Mersey Beatles di Kuala Lumpur sekarang, dan nikmati detik-detik kegemilangan yang mengagumkan!

Untuk maklumat lanjut, boleh terus layari laman web www.yoloasia.com.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd