Now Reading
Khairul Aming Dedah Kenapa Penting Buat ‘Livestream’ Untuk Majukan Bisnes

Khairul Aming Dedah Kenapa Penting Buat ‘Livestream’ Untuk Majukan Bisnes

Khairul Aming menekankan kepada semua content creator untuk memperbanyakkan pembacaan bagi menambah ilmu pengetahuan berkaitan dunia digital.

khairulaming

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peluang untuk melakukan perniagaan pada zaman ini semakin luas dengan adanya pelbagai teknologi serta platform atas talian seperti Lazada, Shopee, TikTok Shop dan sebagainya.

Selain meletakkan barangan jualan di platform tersebut, sesetengah peniaga juga dilihat akan membuat siaran langsung atau ‘livestream’ untuk mempromosikan produk mereka sambil berinteraksi dengan pelanggan.

Penulis sendiri pun selalu masuk ‘live’ orang berniaga, tahu-tahu dah terbeli pula sebab terpengaruh dengan promosi yang ditawarkan.


Khairul Aming Galakkan Peniaga Buat ‘Livestream’ Untuk Promosikan Produk Jualan

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman TikTok (@brojepofficial), cef selebriti Khairul Aming sebelum ini telah berkongsi tips kepada para peniaga serta ‘content’ creator’ yang mahu memajukan perniagaan.

Khairul Aming mendedahkan ‘livestream’ adalah salah satu cara terbaharu yang boleh dilakukan untuk menaikkan jualan berdasarkan pembacaan data yang dilihat pada pasaran di China.

Jelasnya, beberapa negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand juga telah memperbanyakkan ‘livestream’ untuk mengikuti pasaran jualan menggunakan cara tersebut.

Sumber: Instagram @khairulaming

Walau bagaimanapun, tidak semua negara yang sesuai untuk menggunakan ‘livestream’ sebagai platform untuk berniaga. Sebagai contoh, Amerika Syarikat.

Ini kerana influencer di negara barat itu tidak biasa dengan penjualan menerusi ‘livestream’ dan masih berpegang kepada cara perniagaan yang lama.

So back to my point tadi, aku study market US dan at the same time aku study market China, barulah aku boleh balance yang mana applicable untuk kerjaya content creator di Malaysia. Kalau aku study market US je, aku terlepas pandang kepentingan ‘livestream’ tapi kalau study market China je, aku tak tahu cara influencer US berniaga.

Cef selebriti, Khairul Aming.

Khairul Aming Mahu Content Creator Perbanyakkan Tambah Ilmu Pengetahuan

Pada masa yang sama, Khairul Aming juga menekankan kepada semua content creator untuk memperbanyakkan pembacaan bagi menambah ilmu pengetahuan, lebih-lebih lagi berkaitan dunia digital yang tiada sempadan.

That’s why masa TikTok Awards haritu aku tekankan untuk banyakkan membaca dan belajar dari dunia luar. Sebab dunia digital ni sendiri maksudnya open border iaitu satu dunia boleh akses kepada kita punya content.

Cef selebriti, Khairul Aming.
Sumber: Instagram @khairulaming

Usahawan Sambal Nyet ini juga berpendapat jika seseorang itu hanya ‘taksub’ pada satu content creator sahaja, ia akan menyebabkan mereka tidak berkembang mengenali perkara lain.

Dalam pada itu, Khairul Aming menceritakan dirinya sering ditanya tentang mentor yang mengajarnya sehingga boleh berjaya sehingga ke hari ini.

Khairul Aming mendedahka dirinya tidak dididik oleh mana-mana mentor dan hanya menambah ilmu pengetahuan sendiri berdasarkan pembacaan.

Dekat Malaysia kita dah terbiasa semua benda nak ada mentor, which is good korang tambahkan ilmu. Tak ada masalah. Cuma jangan tunggu orang bagi kita ilmu. Banyakkan mencari ilmu dengan sendiri.

Cef selebriti, Khairul Aming.
@brojepofficial

Live Tips content creator Khairul Aming Potensi LIVE Commerce streaming #khairulaming #livekhairulaming #tipscontentcreator #fyp #brojep

♬ Inspiring Motivation – D’Santos

Khairul Aming Beri Ucapan Inspirasi Semasa Anugerah TikTok Awards Malaysia 2023

Sebelum ini, Khairul Aming telah diumumkan sebagai pemenang untuk kategori ‘Creator of The Year’ di Anugerah TikTok Awards Malaysia 2023.

Ketika memberi ucapan kemenangannya, Khairul Aming menasihati anak muda untuk menghabiskan pembelajaran mereka jika ingin bergelar ‘content creator’.

Tambahnya lagi, mereka yang mahu menjadi ‘content creator’ perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dari segi menyelesaikan masalah serta berfikir secara kritikal.

Khairul Aming turut berharap agar pelapis ‘content creator’ mampu memajukan Malaysia pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’

Artikel Berkaitan: “Orang Bijak Buat Bisnes’ – Khairul Aming Raih Jualan Sambal Nyet RM33 Juta!

Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio

Sumber: TikTok brojepofficial


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd