Now Reading
New Jeans Lancar Kolaborasi Pertama & Ekslusif Dengan McDonald’s Pada 7 September Ini!

New Jeans Lancar Kolaborasi Pertama & Ekslusif Dengan McDonald’s Pada 7 September Ini!

Kolaborasi siri menu baharu ayam McDonald’s bersama New Jeans akan dilancarkan pada 7 September ini dan bakal tersedia di semua cawangan McDonald’s di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada peminat K-pop di luar sana, sudah semestinya anda sudah terbiasa mengumpul ‘merchandise’ daripada kumpulan ‘favourite’ anda.

Berita baik buat mereka yang minat kumpulan gadis K-pop New Jeans!

Kalau anda nak tahu, McDonald’s telah mengumumkan kolaborasi unggul bersama New Jeans yang bakal tiba di seluruh cawangan Malaysia pada minggu ini. 


McDonald’s Bekerjasama Dengan Kumpulan K-pop New Jeans Untuk Siri Baharu Ayam

Kumpulan pop Korea, New Jeans bakal memperkenalkan siri baharu menu ayam McDonald’s. Gadis-gadis K-pop yang telah melancarkan debut sebagai penyanyi pada Julai lalu akan melancarkan menu eksklusif sebagai sebahagian daripada New Jeans ‘Chicken Dance Campaign’ dengan syarikat makanan segera terkemuka, McDonald’s.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh McDonald’s, kerjasama itu akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari Khamis (7 September). Kempen tersebut akan menyaksikan ahli kumpulan iaitu Minji, Hanni, Danielle, Haerin, dan Hyein dalam iklan serta pembungkusan khas untuk tawaran eksklusif ini.

“Kempen ini yang diterajui oleh McDonald’s Korea bakal dinikmati oleh pelanggan di 10 wilayah berbeza di seluruh Asia,” jelas McDonald’s.

Dalam pada itu, McDonald’s turut meluahkan rasa gembira dan teruja kerana beranggapan bahawa kolaborasi ini mungkin menjadi kenangan istimewa.

Sumber gambar: Instagram @mcdonalds.

“Melalui acara seperti cabaran tarian dengan New Jeans, kami akan melakukan yang terbaik untuk menjayakan kempen ini supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman baharu dan unik,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Bukan sahaja di Malaysia, kempen ini juga akan tersedia di negara Asia lain seperti Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Vietnam.

Untuk info, selain daripada kumpulan New Jeans, McDonald’s juga pernah bekerjasama dengan idola terkemuka lain dalam mempromosikan jenama dan menu baharu mereka seperti kumpulan ITZY dan BTS.

Baca Artikel Berkaitan: Kolaborasi McDonald’s x BTS Ini Buat ARMY Tak Senang Duduk Nak Tunggu 26 Mei!


Profil Kumpulan K-pop New Jeans

New Jeans terdiri daripada lima gadis energetik dan ceria yang dikenali sebagai Hanni, Haerin, Minji, Danielle dan Hyein yang telah memulakan kerjaya mereka dalam industri muzik di Korea sejak bulan Julai tahun lepas. 

Sumber gambar: Instagram @newjeans_official

Terkenal dengan lagu tular yang menjadi kegilaan ramai di pelbagai platform media sosial seperti Hype Boy, Attention, Ditto dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, kumpulan ini telah tercatat sebagai kumpulan gadis Korea Selatan yang terpantas untuk mencapai satu bilion pendengar di Spotify dalam masa 219 hari sahaja dengan hanya mengeluarkan beberapa lagu. 

New Jeans juga telah mengadakan persembahan di festival muzik Lollapalooza baru-baru ini di Chicago, Amerika Syarikat, dan dinobatkan sebagai kumpulan gadis K-pop pertama yang membuat persembahan di sana.

Sumber: Instagram @hypejeans_official | Orami

Baca Artikel Berkaitan: Harga Aiskrim Kon McDonald’s Cecah RM2.20, Netizen Mula Pertikai Isu Ini Termasuk Gaji Minimum Staf McD

Baca Artikel Berkaitan: McDonald’s Lancar Menu Rahmah RM5. Siap Dapat Ice Lemon Tea!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd