Now Reading
Kolaborasi McDonald’s x BTS Ini Buat ARMY Tak Senang Duduk Nak Tunggu 26 Mei!

Kolaborasi McDonald’s x BTS Ini Buat ARMY Tak Senang Duduk Nak Tunggu 26 Mei!

ARMY BTS mesti dah bersedia nak serbu cawangan McDonalds pada 26 Mei nanti kan?

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Berita baik untuk ke semua peminat tegar K-pop iaitu kumpulan BTS! 😀

Mungkin korang semua tak boleh untuk tonton konsert BTS buat masa sekarang ini. Jadi, McDonald’s membawakan kumpulan ini untuk lebih ‘dekat’ dengan korang semua dengan kolaborasi terbaru ini.

Untuk pengetahuan korang, Malaysia akan menjadi negara Asia pertama dan merupakan salah satu daripada 12 negara yang bakal dapat merasai sendiri menu terbaru untuk kolaborasi di antara McDonald’s dan BTS pada bulan depan.

Kumpulan yang membawa lagu popular iaitu Dynamite ini telah bekerjasama dengan syarikat makanan segera, McDonald’s untuk mencipta menu khas yag sering dipesan oleh ahli kumpulan BTS ini, iaitu 10-piece Chicken McNugget, kentang goreng bersaiz medium, air minuman berkabonat Cola-Cola, dan sweet chili serta sos cajun. Menu ini diilhamkan oleh resepi popular dari McDonald’s di Korea Selatan.

McDonald’s x BTS ini akan ‘menjajah’ hampir 50 buah negara di seluruh dunia. Menu BTS Meal ini bakal tersedia di cawangan McDonald’s yang tersenarai di Malaysia pada 26 Mei nanti, iaitu pada hari yang sama dengan AS, Brazil, Kanada dan banyak lagi.

Projek ini merupakah sebahagian daripada program ‘pesanan khas selebriti’ oleh McDonald’s yang dimulakan dengan penyanyi rap terkenal, Travis Scott pada tahun lalu di Amerika Syarikat.

Namun, BTS Meal ini tidak didatangkan dengan merchandise kumpulan ini. Walau bagaimanapun, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, BTS Meal ini merupakan salah satu cara untuk menggembirakan peminat kumpulan K-Pop terkenal ini untuk merasa lebih dekat dengan mereka.

Tidak kira siapa pun, semua orang pasti ada pesanan yang digemari di McDonald’s, termasuklah artis terkenal antarabangsa seperti BTS. Kumpulan ini benar-benar mencipta fenomena global dengan jumlah peminat yang tidak mengenal sempadan. Dan, pihak kami sangat teruja untuk membawakan BTS Meal ini untuk pelanggan di Malaysia pada bulan depan.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Banyak ‘hint’ yang telah diberikan oleh McDonald’s sejak kebelakangan ni, perasan tak?

‘Hint’ yang diberikan oleh pihak McDonald’s di media sosial sebenarnya adalah petunjuk bahawa mereka akan memperkenalkan kolaborasi ini tidak lama lagi. Contohnya, poster yang memaparkan logo BTS yang dibuat menggunakan kentang goreng.

Malah, admin media sosial juga sudah mula membalas komen-komen pelanggan menggunakan GIF ahli BTS ini. Bijak strategi McDonald’s ni.

Pelanggan boleh mula memesan BTS Meal melalui pesanan di cawangan McDonald’s, pandu-lalu, atau McDelivery bermula pada 26 Mei ini.

Kredit: McDonalds

Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd