Now Reading
McDonald’s Lancar Menu Rahmah RM5. Siap Dapat Ice Lemon Tea!

McDonald’s Lancar Menu Rahmah RM5. Siap Dapat Ice Lemon Tea!

Antara hidangan yang anda boleh dapatkan di bawah tawaran Menu Rahmah di McDonald’s adalah Burger Ayam, McEgg dan Bubur Ayam.

menu rahmah mcdonalds

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai usaha bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan hidangan berharga RM5 yang diberi nama Menu Rahmah.

Pelancaran Menu Rahmah pada 31 Januari lalu mendapat sambutan baik oleh banyak pengusaha makanan di seluruh Malaysia dan dianggarkan lebih 15,000 restoran menyertai seruan kerajaan ini.

Malah, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) juga bakal menawarkan Menu Rahmah kepada para pelanggan mereka tidak lama lagi.

BACA JUGA: PLUS Bakal Perkenal Menu Rahmah Di Setiap Hentian R&R Tidak Lama Lagi

BACA JUGA: 15,000 Restoran Tawar Menu Rahmah RM5 Demi Bantu Golongan B40


McDonald’s Keluarkan Menu Rahmah Dengan Harga RM5

Restoran makanan segera yang terkenal iaitu McDonald’s Malaysia hari ini telah menyahut seruan kerajaan dengan melancarkan hidangan Menu Rahmah pada harga RM5.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook McDonald’s, Menu Rahmah dengan harga RM5 itu menawarkan set menu seperti berikut:

  • Bubur Ayam McD dan Teh Ais Limau bersaiz kecil.
  • McEgg dan Teh Ais Limau (saiZ kecil).
  • Burger Ayam dan Teh Ais Limau (saiz kecil).

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia iaitu Melati Abdul Hai berkata, pelancaran Menu Rahmah ini adalah sebagai sokongan yang ditunjukkan terhadap inisiatif KPDNKK bagi membantu mengurangkan kos hidup rakyat.

Menu Rahmah ini boleh didapati di lebih 300 cawangan McDonald’s seluruh Malaysia.

Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, kita menyokong inisitif yang bermakna ini. Dengan pelancaran menu, ia membolehkan kami menyediakan hidangan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang untuk bersama menikmati hidangan kami pada bila-bila masa dengan harga mampu milik.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai .

Majlis pelancaran Menu Rahmah McDonald’s di cawangan Mutiara Damansara pada hari ini (8 Mac) turut dihadiri oleh Menteri KPDNKK Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Penyertaaan McDonald’s juga menutup mulut sesetengah pihak yang mendakwa Menu Rahmah menyediakan sajian berkelas rendah dan tidak berkhasiat.

Penyertaaan McDonald’s juga menutup mulut sesetengah pihak yang mendakwa Menu Rahmah menyediakan sajian berkelas rendah dan tidak berkhasiat. Ada yang berkata Menu Rahmah ini berkelas rendah sebaliknya ia tidak berlaku kerana pelbagai pihak mahu bersama-sama kita dalam usaha membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Semoga dengan inisiatif Menu Rahmah yang semakin meluas dalam kalangan peniaga makanan di seluruh Malaysia ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah bagi mendapatkan hidangan berkhasiat dengan harga berpatutan.

BACA JUGA: “2 Kali Saya Tengok Harga” – Pelanggan Beri Maklum Balas Tentang Menu Rahmah


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd