Now Reading
Harga Aiskrim Kon McDonald’s Cecah RM2.20, Netizen Mula Pertikai Isu Ini Termasuk Gaji Minimum Staf McD

Harga Aiskrim Kon McDonald’s Cecah RM2.20, Netizen Mula Pertikai Isu Ini Termasuk Gaji Minimum Staf McD

Harga aiskrim McDonald’s meningkat ke RM2.20 berbanding RM1.95 sebelum ini, menjadikan peningkatan hampir 13% dalam tempoh lebih kurang empat tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siapa penggemar McDonald’s? Bagi yang menggemarinya, pasti suka juga aiskrim kon vanila yang menjadi keistimewaan McDonald’s. Aiskrim itu dahulu hanya bernilai RM1 sahaja! Sebab itu ia menjadi pilihan ramai untuk dimakan sebagai snek atau pencuci mulut.

Namun begitu, harganya telah melonjak naik ke RM2.20 sekarang berbanding RM1.95 sebelum ini. Hal ini bermakna harga aiskrim kon telah meningkat hampir 13%.

Malah, aiskrim kon itu sehingga tahun 2019 hanyalah dijual pada harga RM1 sebelum mengalami peningkatan mendadak hampir dua kali ganda dalam tempoh lebih kurang 10 tahun.

Bukan aiskrim kon sahaja yang menghadapi kenaikan harga. Aiskrim Sundae dengan pilihan sos coklat atau strawberry juga telah meningkat dari RM3.50 ke lebih RM5!

Pengguna Twitter @nabilfikran10 berkata walaupun harga aiskrim McD telah meningkat, gaji minimum pekerjanya hanyalah setakat RM1,500.


Gaji Minimum Pekerja McDonald’s RM1,500

Seorang pengguna Twitter (@fizoshax) bertanya jika benar gaji minimum di McDonald’s adalah RM1,500. Menurutnya, dia pernah melihat iklan jawatan kosong meletakkan gaji RM2,200.

Beberapa orang berkata RM2,200 adalah bayaran bagi pengurus, manakala pekerja biasa hanya mendapat RM1,500 gaji minimum. Menurut mereka, pekerja biasa boleh mendapatkan gaji sehingga RM2,200 jika bekerja lebih masa tetapi ia jarang berlaku.

Seorang bekas pekerja McD mendakwa dia hanya dibayar RM7.20 setiap bulan dan walaupun dia bekerja lebih masa, dia tidak menerima bayaran keseluruhan bagi kerja lebih masa sekaligus. Sebaliknya, McD hanya membayar RM50 setiap bulan.

Seorang lagi pengguna Twitter (@am4ddd) menceritakan pengalaman rakannya yang bekerja lebih masa sehingga mencecah 11 hingga 12 jam sehari. Namun begitu, gajinya tidak pun mencapai tahap minimum RM1,500 dan hanya dibayar kurang RM1,300.


Netizen Cadang Beli Aiskrim Vanila Lain

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan McD menaikkan harga aiskrimnya. Beberapa individu berasa dengan harga sebegitu, adalah lebih baik jika beli aiskrim lain di kedai runcit seperti Cornetto atau aiskrim tab.

Terdapat juga yang mencadangkan supaya membeli aiskrim kon Burger King (RM1.50) dan Mixue (RM1.99) dengan saiz dua kali ganda lebih besar berbanding aiskrim McD.


Gaji Minimum Di Malaysia

Menurut Seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011, gaji minimum merujuk kepada gaji pokok dan tidak termasuk elaun serta bayaran lain.

Kadar gaji minimum terkini yang ditetapkan di Malaysia adalah RM1,500, iaitu peningkatan sekurang-kurangnya 25% berbanding gaji minimum sebelum ini.

Sebelum itu, kadar gaji minimum yang ditetapkan adalah RM1,200 bagi tempat kerja di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran dan RM1,100 bagi lain-lain kawasan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd