Hadiahkan Isteri Kasut Baru, Suami Terkejut Rezeki Masuk Sekelip Mata Dalam 1 Hari
Selepas membelikan isteri sepasang kasut baharu, si suami terkejut apabila dia berjaya ‘closed sale’ dengan tiga pelanggan dalam tempoh satu hari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Isteri adalah wanita yang perlu dijaga dan disayangi oleh setiap suami kerana mereka banyak berkorban untuk menjaga keluarga dengan baik.
Suami yang hebat adalah suami yang mampu membahagiakan isteri mereka. Nak buat hati isteri gembira itu senang je sebenarnya. Melayan mereka waktu ‘craving’ pun sudah cukup.
Malah, dalam Islam juga menggalakan para suami untuk membahagiakan isteri mereka dan percayalah selepas itu Allah SWT akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka.
BACA JUGA: [Video] Suami Senyap-senyap Renovate Rumah, Reaksi Isteri Buat Ramai Tersentuh Hati
Suami Hadiahkan Isteri Sepasang Kasut Baharu Yang Lebih Selesa
Berbicara tentang rezeki selepas membahagiakan isteri, seorang pengguna Twitter (@RMMursyid) turut melalui pengalaman yang sama sebelum ini selepas dia menghadiahkan sepasang kasut baharu kepada isterinya.
Menurutnya, dia sebelum ini kurang yakin dengan kata-kata orang ramai iaitu membahagiakan isteri boleh meluaskan lagi rezeki berlipat kali ganda.
Namun satu kejadian yang berlaku membuatkan dia mula percaya dengan perkara tersebut.
Kisahnya bermula apabila isterinya yang bekerja di bahagian F&B sering mengadu sakit kaki kerana penat berdiri dan sudah berbulan-bulan merancang untuk membeli kasut baharu.
Tetapi kasut yang ingin dibelinya itu agak mahal sehingga boleh mencecah harga tiga hingga empat ratus sepasang.
Aku diamkan aje sebab kasut yang sedap tu mahal. Lagi lagi yang memory foam tu. Mahu 3,4 ratus. Tiap kali bangun dari tidur je mengeluh sakit kaki. Kesian tengok.
Pengguna Twitter, Raja Mursyid.
Pada Ahad lalu (30 April), lelaki ini membuka booth kopi yang pertama selepas berbulan-bulan menghentikan operasi.
Nak dijadikan cerita pula, isterinya cuti pada hari tersebut tetapi mahu membantu suaminya mengendalikan booth berkenaan.
Sebagai upah kerana membantunya di booth, pengguna Twitter ini membawa isterinya ke pusat beli-belah MyTown di Cheras untuk membeli sepasang kasut baharu.
Dua tiga kedai juga yang dimasuki oleh mereka untuk mencari kasut dengan saiz kaki yang tepat.
Cari punya cari, akhirnya jumpa kasut yang ingin dibeli di Al-Ikhsan tetapi difahamkan harganya cecah ratusan ringgit juga.
Takpa lah. Aku fikirkan ada sikit untung tadi pop up coffee tu. Bolehlah top up dari bajet sebenar aku. Gembira isteri aku keluar kedai. Dalam hati aku, takpa lah. Bukan selalu. Untuk isteri sendiri. Biar lah dia happy.
Pengguna Twitter, Raja Mursyid.
Rezeki Datang Tak Diduga Selepas Suami Hadiahkan Isteri Kasut Baru Yang Lebih Selesa
Ketika dalam perjalanan pulang dari rumah selepas selesai membeli kasut, masuk pula notifikasi mesej di WhatsApp.
Rupa-rupanya ada orang tanya tentang harga untuk membuka booth kopi yang diniagakan.
Keesokan harinya pula, ada tiga lagi notifikasi diterima yang bertanya tentang booth kopi miliknya.
Secara keseluruhannya, tiga daripada empat orang individu yang bertanya tentang perniagaannya itu sudah ‘closed sale’ dalam tempoh satu hari sahaja. Alhamdulillah!
Situasi yang berlaku itu membuatkan dia tersedar tentang kenyataan membahagiakan isteri itu boleh meluaskan rezeki.
Tiga notifikasi aku dapat hari ni tanya pasal coffee pop up. Terus aku macam. Ya Allah, ini ke apa orang cakap bahagiakan isteri, rezeki diluaskan. Terdiam kejap aku tadi.
Pengguna Twitter, Raja Mursyid.
Aku tak pernah percaya selama ni ayat konon nya,
— Raja Mursyid (@RMMursyid) May 1, 2023
“Happy kan isteri, insyaAllah rezeki datang berlipat ganda”
Bagi aku semua tu bullshit.
Kau dah spend, kena lah kerja keras balik. Apa yang rezeki berlipat nya ?
Sampai lah kejadian semalam, buka mata aku.. pic.twitter.com/lVPL9NlUjd
Tips Untuk Bahagiakan Isteri
Isteri adalah kunci kebahagiaan kepada sesebuah rumah tangga. Apabila para suami menjaga isteri dengan baik, percayalah rumah anda tidak akan hilang serinya.
Antara tips untuk membahagiakan isteri anda adalah seperti berikut:
- Memberi perhatian kepada sekecil-kecil perkara yang isteri suka.
- Meluangkan masa untuk mendengar cerita atau keluhan isteri.
- Memberi sentuhan fizikal seperti mengurut anggota badan dan memeluk mereka.
- Memberi ganjaran kepada isteri sebagai tanda menghargai jasa mereka menguruskan keluarga.
- Mengeluarkan kata-kata yang boleh menggembirakan hati mereka seperti ‘Terima kasih’ atau ‘I love you’.
“Happy wife, happy life”.
BACA JUGA: Suami Boleh Carum 2% Syer KWSP Kepada Isteri Menerusi i-Sayang
BACA JUGA: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu
BACA JUGA: Ini 5 Tips Untuk Isteri Yang Pertama Kali Sambut Aidilfitri Dengan Keluarga Mentua
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.