Now Reading
Ini 5 Tips Untuk Isteri Yang Pertama Kali Sambut Aidilfitri Dengan Keluarga Mentua

Ini 5 Tips Untuk Isteri Yang Pertama Kali Sambut Aidilfitri Dengan Keluarga Mentua

Antara tips untuk para isteri yang pertama kali akan beraya di kampung halaman suami adalah sentiasa rajin membantu dan berborak dengan keluarga mentua.

Ini 5 Tips Untuk Isteri Yang Pertama Kali Sambut Aidilfitri Dengan Keluarga Mentua

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mungkin bagi sesetengah orang, hari raya Aidilfitri tahun ini akan menjadi sambutan yang meriah dengan suasana sama pada setiap tahun. Dapat jumpa ahli keluarga dan sanak saudara yang dirindui.

Tetapi bagi segelintir individu yang baru berkahwin pula, mungkin mereka agak ‘nervous’ nak sambut raya tahun ini kerana pertama kali beraya dengan ahli keluarga mentua.

Kebiasaannya, menantu perempuanlah yang paling gementar untuk pulang beraya ke kampung halaman keluarga suami mereka. 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Cikgu Anep) mengajukan soalan terbuka kepada netizen tentang tips kepada isteri yang pertama kali akan beraya dengan keluarga mentua.

Ada banyak juga tips yang dikongsikan dan sangat membantu. Antaranya:

1. Tips Isteri Yang Pertama Kali Raya Dengan Mentua: Bawa Buah Tangan

Apabila tahun ini anda akan balik beraya ke rumah keluarga mentua, bawalah sedikit buah tangan seperti beberapa balang kuih raya yang terdiri daripada pelbagai jenis.

Kalau tak ada masa untuk buat, beli secara online atau di kedai-kedai pun boleh je. Banyak je jual diluar sana.

Sekiranya anda ada duit lebih sikit, boleh juga belikan sepasang tudung raya untuk ibu mentua. Kebetulan pula banyak jualan murah sempena Aidilfitri, apa salahnya kan?

Mesti dia terharu bila menantu hadiahkan tudung tersebut.

Sumber: Diva MY/ Alhumaira

2. Tips Isteri Yang Pertama Kali Raya Dengan Mentua: Ringan Tulang Untuk Menghulurkan Apa-apa Pertolongan

Sebagai menantu, sangat penting untuk anda mempunyai sikap rajin membantu keluarga mentua ketika membuat persiapan hari raya. Percayalah, setiap ibu mentua memang akan suka dengan menantu yang ringan tulang.

Macam-macam persiapan raya yang anda boleh bantu seperti memasukkan kuih ke dalam balang, memasangkan langsir, menghidangkan makanan kepada tetamu dan sebagainya.

3. Tips Isteri Yang Pertama Kali Raya Dengan Mentua: Pandai Berborak

Selain itu, para isteri juga kena pandai berborak dengan ahli keluarga mentua untuk saling kenal-mengenali. Kalau tak tahu sangat nak borak apa, boleh mulakan dengan bertanya soalan tentang ahli keluarga yang tidak dikenali.

Sebagai contoh, “Mak, yang baju putih tudung merah tu siapa ya?”. Selain dapat memulakan perbualan, anda juga boleh mengenali lebih ramai ahli keluarga yang lain.

Atau boleh juga tanya tentang perkara yang digemari oleh mereka. Dari situlah perbualan anda menjadi lebih rancak.

4. Tips Isteri Yang Pertama Kali Raya Dengan Mentua: Tidak Terperap Dalam Bilik

Mungkin ada sesetengah isteri agak ‘introvert’ dan malu untuk bersosial dengan individu yang baru dikenali. Tetapi sebagai ahli keluarga baharu, elakkan duduk terperap di dalam bilik kerana sikap tersebut akan membuatkan anda kurang disenangi.

Tips berguna untuk para isteri yang pemalu dan tidak mahir untuk bersosial, rajin-rajinkanlah membantu mentua di dapur.

Jika semua urusan di dapur sudah selesai, teman ibu mentua tengok televisyen pun tak apa. Yang penting jangan terperap main telefon di dalam bilik. Tak berapa manis kalau anda buat begitu.

5. Tips Isteri Yang Pertama Kali Raya Dengan Mentua: Jadi Diri Sendiri

Sebagai ahli keluarga yang baharu, sesetengah isteri akan berasa kekok apabila berada dalam keluarga mentua mereka. Cara terbaik bagi mengelakkan anda rasa kekok adalah dengan menjadi diri sendiri.

Tak salah nak ‘cover’ ayu atau sebagainya, asalkan tidak berlebih-lebihan sehingga menjadi buah mulut ahli keluarga yang lain. Jadi diri sendiri pun sudah cukup. Asalkan rajin dan pandai berborak.


Sebenarnya banyak je tips untuk pikat hati keluarga mentua. Yang penting kena berbudi bahasa dan pandai bawa diri. Jangan nampak terlalu malu dan kekok bila tiada pasangan anda di sisi.

Untuk para suami yang bakal mengalami situasi sama, ini pula tips untuk anda bagi memikat hati keluarga mentua. Antaranya:

  • Pandai masak sekurang-kurangnya satu resepi.
  • Belajar satu ‘trick’ magik untuk tarik perhatian.
  • Bawa buah tangan.
  • Ajak tumpang kereta bila nak pergi beraya ke rumah ahli keluarga yang lain.
  • Tunjuk rasa teruja jumpa keluarga mentua di media sosial

BACA JUGA: Pertama Kali Beraya Rumah Mentua? Ini Tips Untuk Bantu Para Suami

BACA JUGA: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!

BACA JUGA: Pengguna Twitter Kongsi Tips ‘Long-Drive’ Untuk Balik Kampung Sempena Aidilfitri


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd