Now Reading
Suami Boleh Carum 2% Syer KWSP Kepada Isteri Menerusi i-Sayang

Suami Boleh Carum 2% Syer KWSP Kepada Isteri Menerusi i-Sayang

Pindahan caruman 2% dari akaun KWSP suami ini tidak boleh dibatalkan melainkan berlakunya perceraian atau kematian isteri (penerima).

Suami Boleh Carum 2% Syer KWSP Kepada Isteri Menerusi i-Sayang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Soalan yang paling lazim para isteri akan tanya kepada suami mereka, “You sayang i tak?”. Kalau salah jawab, memang tidur luarlah jawabnya. Kalau suami jawab “I Sayang”, confirm berbunga hati si isteri.

Kini jawapan “I sayang” itu lebih bermakna apabila golongan suami boleh memindahkan 2% caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diterima daripada majikan kepada para isteri.

Inisiatif yang diberi nama i-Sayang ini membolehkan suami memindahkan caruman syer mereka ke dalam akaun KWSP isteri secara sukarela setiap bulan.

Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan oleh para suami (pemberi) kepada isteri mereka melainkan jika berlakunya perceraian atau kematian isteri (penerima).

Sumber: IKRAM Malaysia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, inisiatif i-Sayang ini dijayakan dengan usahasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

i-Sayang merupakan sebahagian daripada usaha KWSP untuk memperluas jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan. Kemudahan ini juga memberi peluang kepada isteri mereka untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Tambah beliau lagi, inisiatif ini selaras dengan komitmen kerajaan berteraskan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran untuk menjaga hak kebajikan wanita.


Syarat-syarat Kelayakan i-Sayang

Untuk Suami

Kepada suami-suami di luar sana yang bercadang untuk mencarumkan syer KWSP kepada isteri, semak dahulu syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan di bawah:

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Untuk Isteri:

Syarat kelayakan untuk para isteri juga telah ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Bagaimana Untuk Membuat Permohonan i-Sayang?

Permohonan pendaftaran i-Sayang boleh dibuat melalui dua saluran berikut:

  • i-Akaun (Ahli)
  • ii. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Maklumat lanjut tentang i-Sayang boleh di dapati di laman web KWSP atau menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-8922 6000.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd