Now Reading
Trip Balik Hari KL-Singapura Naik Bas Dari TBS. Jumlah Kos Tak Lebih RM600, Siap Masuk USS!

Trip Balik Hari KL-Singapura Naik Bas Dari TBS. Jumlah Kos Tak Lebih RM600, Siap Masuk USS!

Untuk menjimatkan lagi kos di Singapura, anda boleh makan di gerai dan membawa baju hujan sendiri serta membeli tiket USS Singapore menerusi aplikasi Klook.

Wanita Kongsi Trip Balik Hari KL-Singapura Naik Bas. Kos Tak Sampai RM600 Siap Masuk USS Lagi!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain Thailand, Singapura merupakan salah satu negara yang boleh dilawati oleh rakyat Malaysia melalui jalan darat iaitu dengan menaiki bas ataupun kereta.

BACA JUGA: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!

BACA JUGA: Tren Shuttle Padang Besar Ke Hat Yai Mula Kembali Operasi Hari Ini, 15 Julai

Malah, ada juga yang pergi balik hari je dari Malaysia ke Singapura. Saja nak tukar angin jalan-jalan ke negara lain pula.

Laluan darat Singapura-Malaysia ini baru sahaja dibuka semula pada penghujung tahun 2021 selepas kedua-dua buah negara kembali pulih dari pandemik Covid-19.

BACA JUGA: Laluan Darat Malaysia-Singapura Dibuka Untuk Semua Pengembara Bermula 20 Disember

Jadi kepada anda yang teringin nak jalan-jalan di Singapura, jom!

Wanita Kongsi Trip Balik Hari KL-Singapura Naik Bas. Kos Tak Sampai RM600 Siap Masuk USS Lagi!
Sumber: Nation Online Project

Pengguna Twitter Kongsi Perjalanan Balik Hari Kuala Lumpur-Singapura Menaiki Bas

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@masryafaizul), wanita ini menceritakan perjalanannya balik hari dari Kuala Lumpur ke Singapura menaiki bas.

Katanya naik bas jam 12:00 pagi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan tiba di Golden Mile Tower, Singapura jam 6:00 pagi. Kemudian mereka pulang semula ke Kuala Lumpur pada jam 11:45 malam.

Memang ekspres ya!

Nak tahu itinerari mereka? Jom baca perkongsian di bawah.

Pengangkutan

Sumber: OnlineBusTicket

Harga tiket bas Starmart Express untuk dua orang adalah hampir RM300 dan dibeli menerusi aplikasi RedBus.

  • KL-Singapura: RM50 untuk seorang.
  • Singapura-KL: RM120 untuk seorang.

Perlu VISA Ke?

Bagi pelancong dari Malaysia, anda tidak memerlukan VISA untuk memasuki Singapura. Tetapi anda perlu mengisi ‘white form’ yang boleh dilengkapkan secara atas talian melalui laman rasmi mereka [DI SINI].

Jalan-jalan Di Singapura

Kalau anda datang ke Singapura tanpa membawa kenderaan persendirian, jangan risau kerana negara ini mempunyai pengangkutan awam yang sangat selesa.

Paling best, pengguna boleh menggunakan kad debit atau kredit untuk membuat pembayaran. Jadi kalau anda tak ada kad pengangkutan awam mereka pun tiada masalah.

Seperti wanita ini dan suaminya pula, mereka menggunakan kad MAE Maybank dan mengaktifkan transaksi luar negara. Tinggal ‘tap’ je. Mudah kan?

Selain itu, jangan lupa juga muat turun CityMapper bagi memudahkan anda mengetahui stesen MRT atau bas nombor berapa yang perlu dinaiki untuk sesuatu lokasi.

Melawat USS Singapore

Wanita Kongsi Trip Balik Hari KL-Singapura Naik Bas. Kos Tak Sampai RM600 Siap Masuk USS Lagi!
Sumber: YouTube Edonis Slade

Boleh dikatakan USS Singapore adalah salah satu lokasi wajib untuk pelancong yang pertama kali ke Singapura.

Untuk lebih mudah dan harga pun murah, lebih baik anda beli siap-siap tiket masuk menerusi aplikasi Klook.

Kalau tak nak beratur lama di setiap ride, beli ‘Express Pass’ pun berbaloi juga. Bila ada ‘Express Pass’, daripada kena tunggu 40 minit terus jadi 5 minit je.

Satu lagi tips, bawa baju hujan sendiri sebab akan ada ride yang memang basah lencun selepas keluar dari permainan itu. Nak beli di sana pun ada juga, harganya dalam lingkungan $S5 (RM17).

Kalau anda ada barang yang banyak pun boleh juga sewa loker di sana dengan harga $S30 (RM100) untuk sehari.

Harga Makanan

Sumber: 4 Hour Body Girl/Trip Advisor

Harga makanan di Singapura ini boleh dikatakan hampir sama seperti di Kuala Lumpur kalau nilainya ditukar dalam Ringgit Malaysia.

  • Zamzam Martabak: $S6 (RM 20)
  • Mels Diner USS Set Burger: $S20 (RM67)
  • Gardens by the Bay: $S20 (RM67)
  • Satay by the Bay: $S20 (RM67)
  • Starbucks: $S7 hingga $S8 untuk secawan (RM23 hingga RM27)
  • McDonald’s: $S8 hingga $S10 untuk satu set (RM27 hingga RM33)

Kemudahan Untuk Solat

Wanita Kongsi Trip Balik Hari KL-Singapura Naik Bas. Kos Tak Sampai RM600 Siap Masuk USS Lagi!
Sumber: Twitter @marsyafaizul/ Visit Kampungn Gelam

Nak solat pun senang sebab USS sendiri ada menyediakan kemudahan surau kepada para pengunjung. Anda juga boleh mencari masjid berdekatan.

Jadi untuk kemudahan surau ini, kena selidik dulu kerana sesetengah lokasi seperti Gardens by the Bay tidak mempunyai surau.


Ringkasan Kos Perjalanan Balik Hari Naik Bas Dari Kuala Lumpur Ke Singapura

Untuk memudahkan anda, kami ringkaskan setiap kos perjalanan di bawah:

Kos tetap:

  • Bas: RM170 untuk seorang
  • USS: RM273 untuk seorang

Jumlah: RM443

Kos tidak tetap:

  • Pengangkutan awam di Singapura: RM 15
  • Makan: RM 119
    • Boleh lagi jimat kalau makan di gerai dan bukannya di dalam USS.

Jumlah: RM134.

Jumlah keseluruhan adalah RM577.

Kos tambahan:

  • Loker besar: RM105 untuk dua orang
  • RM17.50 untuk seorang

Tips Untuk Menjimatkan Lagi Kos Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Singapura

Kalau anda mahu lebih jimat lagi, berikut adalah tips yang dikongsikan:

  • Naik bas sehingga ke Johor Bahru (JB) dan dapat jimat sekurang-kurangnya RM50.
  • Makan di gerai atau bawa bekal sendiri. Elakkan makan di dalam taman tema.
  • Bawa baju hujan sendiri dan beg kecil supaya tidak perlu sewa loker.

Jadi kepada anda yang berniat untuk balik hari ke Singapura, bolehlah ikut itinerari yang dikongsikan ini.

Selamat berjalan!

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Solo Trip 4H3M Ke Pulau Semporna, Sabah. Baru Betul ‘Healing’ Ya!

BACA JUGA: Hanya Dengan RM3K, Korang Boleh Travel Ke Finland Selama 7 Hari. Berbaloi Juga!

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Bajet Ke Turki. RM3,600 Je Seorang!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd