Now Reading
Laluan Darat Malaysia-Singapura Dibuka Untuk Semua Pengembara Bermula 20 Disember

Laluan Darat Malaysia-Singapura Dibuka Untuk Semua Pengembara Bermula 20 Disember

Buat masa ini, VTL-Land hanya terhad kepada perkhidmatan bas sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, Singapura dan Malaysia telah bersetuju untuk membuka semula perjalanan merentasi sempadan udara melalui Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) bermula 29 November 2021.

BACA JUGA: Singapore-Malaysia Air Travel Is Back Via Vaccinated Travel Lane Starting 29 November

Memetik laporan media, Laluan Perjalanan Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) antara Malaysia dan Singapura melalui tambak juga akan dibuka bermula 20 Disember ini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan kebenaran ini melibatkan semua jenis pengembara.

Ketika fasa pertama VTL ini dilancarkan pada 29 November, Laluan Perjalanan Vaksin hanya dikhaskan untuk warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka lama negara yang mereka lawati.

Sebagai contohnya, mereka yang tinggal di Malaysia tetapi bekerja di Singapura dan sebaliknya.

Kredit: The Business Times

VTL-Land terhad untuk perkhidmatan bas sahaja

Buat masa ini, VTL-Land hanya terhad kepada perkhidmatan bas sahaja.

Perkhidmatan bas VTL-Land akan menawarkan tiket bagi memenuhi permintaan yang meningkat dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Terminal Bas Larkin Sentral di Malaysia dan Terminal Queen Street serta Woodlands Temporary Bus Interchange di Singapura akan menjadi lokasi perkhidmatan bas VTL-Land.

Kredit: Bus Online Ticket

Sebelum membuat pembelian tiket bas, pengembara yang ingin memasuki Malaysia perlu mendaftar di https://mysafetravel.gov.my manakala pengembara yang ingin memasuki Singapura pula perlu mendaftar di https://go.gov.sg/vtl-portal.

VTL-Land ini diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk membolehkan mereka yang terpisah akibat pandemik Covid-19 bertemu semula dengan ahli keluarga mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd