Now Reading
Anthony Loke Sekali Lagi Menyamar, Kini Naik KTM Ke TBS Pula

Anthony Loke Sekali Lagi Menyamar, Kini Naik KTM Ke TBS Pula

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dilihat menggunakan perkhidmatan tren Komuter KTM dari stesen KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua orang pembantunya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada awal Disember lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengambil keputusan untuk menyamar sebagai individu biasa dengan memakai topi dan pelitup muka menaiki perkhidmatan LRT ketika waktu puncak.

Beliau dilihat meluangkan masa selama dua jam di dalam LRT laluan Kelana Jaya di antara jam 5:00 hingga 7:00 petang.

Bukan itu sahaja, beliau turut meninjau perkhidmatan lain di beberapa stesen seperti eskalator, lif, dan lorong-lorong.

BACA JUGA: Anthony Loke ‘Spot Check’ LRT Waktu Puncak, Siap Menyamar Pakai Topi & Face Mask

Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Anthony Loke Senyap-senyap Naik KTM Dari KL Sentral Ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook (Anthony Loke Siew Fook), Anthony sekali lagi menyamar sebagai pengguna biasa sambil menaiki pengangkutan awam.

Kali ini, beliau menggunakan perkhidmatan tren Komuter KTM dari stesen KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan bersama dua orang pembantunya.

Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Setibanya beliau di stesen Bandar Tasik Selatan, Anthony turut meninjau keadaan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Saya menerima banyak maklum balas dari media sosial berkenaan perkhidmatan Komuter dan masalah mencetak Pas Masuk Bas di TBS.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook
Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Berikutan itu, Anthony akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan KTMB dalam tempoh terdekat bagi menambah baik perkhidmatan Komuter KTM.

Dalam pada itu, beliau juga bakal berjumpa dengan pihak pengurusan TBS bagi membincangkan langkah menguruskan para penumpang yang ramai pada hujung minggu serta musim perayaan.

Orang Ramai Puji Dan Minta Anthony Loke Pantau Perkhidmatan Bas Ekspres

Tindakan yang dilakukan oleh Menteri Pengangkutan itu mendapat reaksi positif daripada masyarakat kerana menganggap cara tersebut membolehkan golongan atasan lebih memahami realiti yang dihadapi oleh rakyat.

Pada masa sama, ada juga yang memberi cadangan supaya Menteri Pengangkutan ini meninjau semula prosedur pembelian tiket bas ekspres yang dikatakan agak melecehkan para pengguna.

Selepas pemantauan pertama yang dilakukan oleh Anthony pada 5 Disember lalu di stesen LRT laluan Kelana Jaya, beberapa eskalator di stesen LRT dan Monorail telah siap dibaiki.

Malah, eskalator di stesen LRT KLCC yang tergendala selama dua tahun juga sudah boleh digunakan semula.

BACA JUGA: “Berdiri Je Jangan Turun Macam Tangga” – Wanita Ini Kongsi Cara Guna Eskalator Dengan Betul

BACA JUGA: Fast Escalator Repairs At LRT, Monorail Stations Surprise Commuters


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd