Now Reading
Sultan Johor Selesai Angkat Sumpah Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 Hari Ini, 31 Januari

Sultan Johor Selesai Angkat Sumpah Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 Hari Ini, 31 Januari

Sultan Johor, Sultan Ibrahim memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tanggal 31 Januari 2024 menjadi tarikh bersejarah buat institusi diraja di Malaysia apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim secara rasminya telah berkenan mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bermula hari ini.

Baginda sah memegang jawatan sebagai YDPA ke-17 ini selama tempoh lima tahun selepas selesai melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) yang dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Balairung Seri, Istana Negara.

Pada masa sama, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut berkenan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Sumber: YouTube RTM

Pelantikan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17 ini adalah mengikut Sistem Penggiliran Raja yang telah diamalkan sejak tahun 1957 selain perkara tersebut diisytiharkan pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Ke-263 pada 27 Oktober 2023 yang lalu.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Sultan Johor Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Sumber: YouTube RTM

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menamatkan pemerintahannya sejak semalam (30 Januari) selepas selesai berkhidmat sebagai YDPA ke-16 sejak tahun 2019.

Demi memperingati Agong bersama-sama Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, acara lambaian kasih atau ‘state drive’ telah diadakan semalam sebelum baginda berangkat pulang ke negeri Pahang.

Baca Artikel Berkaitan: Lambaian Kasih Agong & Raja Permaisuri, Acara Akhir Sebelum Pasangan Diraja Pulang Ke Pahang Esok

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Sifatkan Pemerintahan Al-Sultan Abdullah Lakar Sejarah Baru & Unik


TMJ Dilantik Pemangku Sultan Johor

Pada 28 Januari lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim telah sah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor berkuat kuasa serta merta. Pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene.

Sultan Ibrahim sebelum ini bertitah bahawa Tunku Ismail Ibrahim akan dilantik sebagai Pemangku Sultan sepanjang baginda menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-17.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Menerusi undang-undang Perlembagaan, baginda perlu melepaskan tampuk pemerintahan negeri kepada Tunku Mahkota Johor sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai YDPA.

Dalam pada itu, baginda mengamanahkan Kerajaan Negeri Johor untuk memberi tunjuk ajar kepada TMJ sepanjang ketiadaan Sultan Ibrahim.

Baca Artikel Berkaitan: TMJ Bakal Dilantik Pemangku Sultan Johor Ketika Sultan Ibrahim Jalankan Tanggungjawab YDPA

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Teruja Mahu Lihat Sultan Johor Sebagai YDPA Seterusnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd