Now Reading
[Terkini] Sultan Johor Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17

[Terkini] Sultan Johor Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Keputusan ini mengikuti susunan yang telah ditetapkan dalam sistem pemerintahan bergilir unik Malaysia di mana sembilan (9) pemerintah negara bergiliran menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (27 Oktober), satu lagi sejarah telah terukir apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17. Ini merupakan kali pertama beliau memegang jawatan itu dan 34 tahun setelah pemerintahan ayahandanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pelantikan selama lima (5) tahun itu akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2024.

Sumber: Sultan Ibrahim/Facebook

Menjunjung titah, saya memaklumkan, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Yang Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober (hari ini) bersetuju mengisytiharkan, Sultan lbrahim, Sultan Johor dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVll, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Walau bagaimanapun, upacara kemahkotaan Sultan Ibrahim dijangka akan diadakan pada tarikh yang belum ditetapkna.


Sultan Perak, Sultan Nazrin Sebagai Timbalan YDPA

Menerusi laporan sama, Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun bermula pada tarikh sama iaitu 31 Januari 2024.

Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung hari ini telah dipengerusikan oleh Sultan Terengganu dan dihadiri semua Raja-raja kecuali Raja Perlis dan Sultan Kelantan.

Sumber: Sultan Ibrahim/Facebook

Beliau berkata, berdasarkan peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja ini dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah dimaklumkan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Keputusan Mengikut Susunan Yang Ditetapkan Dalam Sistem Bergilir Di Malaysia

Untuk rekod, pelantikan baharu ini bakal menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan menamatkan pemerintahan berkuat kuasa 30 Januari 2024 di mana YDPA ketika ini telahpun memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun (5) bermula 31 Januari 2019.

Ia mengikuti susunan yang telah ditetapkan dalam sistem bergilir unik Malaysia di mana sembilan rumah diraja negara bergilir untuk memegang jawatan tersebut.

Sistem ini telah dipersetujui pada tahun 1957 ketika Malaya memperoleh kemerdekaan daripada pemerintahan British.

Ayahanda Sultan Ibrahim yang telah meninggal, Sultan Iskandar Sultan Ismail, adalah pemerintah Johor terakhir yang menjadi Yang di-Pertuan Agong antara tahun 1984-1989.

Raja Malaysia yang pertama ialah pemerintah Negeri Sembilan ketika itu, Tuanku Abdul Rahman Almarhum Tuanku Muhammad. Namun, wajah beliau masih terdapat pada nota bank Malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd