Now Reading
Rakyat Malaysia Teruja Mahu Lihat Sultan Johor Sebagai YDPA Seterusnya

Rakyat Malaysia Teruja Mahu Lihat Sultan Johor Sebagai YDPA Seterusnya

Pada 29 Oktober ini, Malaysia akan menyaksikan pemilihan Raja ke-17 sejak mencapai kemerdekaan lebih enam dekad lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal menamatkan pemerintahan mereka pada 30 Januari tahun hadapan.

Bermula pada tahun 2019, pemerintahan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah telah menambat hati masyarakat dengan sikap mereka yang mesra rakyat.

Malah, anakanda Baginda juga dikenali dengan sikap ramah bersama masyarakat ketika sesi lawatan ke Sabah dan Sarawak sewaktu menyertai program ‘Kembara Kenali Borneo’.

Artikel Berkaitan: [Video] Raja Permaisuri Sebak, Rakyat Di Tawau Sabah Sanggup Bersalaman Sambil Dukung Bayi

Artikel Berkaitan: Gelagat Tengku Muhammad Dalam Kembara Kenali Borneo Cairkan Hati Ramai Wanita [Video]

Artikel Berkaitan: Kenali 6 Anakanda Kepada Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri


Rakyat Malaysia Teruja Sultan Johor Bakal Ungguli Pemerintahan Institusi Diraja Pada Tahun Hadapan

Rakyat Malaysia tidak sabar untuk menantikan pemilihan YDPA ke-17 dan ada yang melahirkan rasa teruja untuk melihat Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memerintah.

Sembilan Raja-raja negara yang merupakan ahli Majlis Raja-Raja akan mengambil bahagian dalam pengundian sulit untuk memilih Raja baharu serta timbalannya bagi penggal lima tahun akan datang.

Untuk ditabalkan sebagai Raja seterusnya, calon mesti menerima sekurang-kurangnya lima undian.

Wartawan veteran iaitu Datuk Seri Wong Chun Wai menulis dalam blog miliknya bahawa Sultan Ibrahim yang bakal menggantikan Al-Sultan Abdullah merupakan seorang Raja yang lantang bersuara.

Sultan Ibrahim sememangnya seorang yang tidak takut untuk mengetengahkan apa yang salah dan apa yang perlu diperbetulkan.

Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Beliau turut memuji Sultan Ibrahim sebagai seseorang yang konsisten dalam melindungi perpaduan rakyat, khususnya Bangsa Johor.

Penasihat Kumpulan Star Berhad itu juga menambah bahawa rakyat Malaysia sangat menghormati institusi diraja.


Proses Memilih Raja Malaysia Dan Jangkaan Untuk Pemerintahan Sultan Ibrahim

Raja-raja amat menghormati tradisi dan keutamaan kepada institusi serta proses pemilihan Raja yang telah lama diadakan.

Walaupun wujudnya proses pilihan raya, proses itu juga adalah berdasarkan giliran dipersetujui oleh Raja-raja dan tradisi yang telah dihormati serta dijunjung tinggi dalam institusi.

Sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya, Sultan Ibrahim dijangka membawa perubahan yang amat diperlukan untuk keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Wong yang juga baru dilantik sebagai Pengerusi Bernama turut berpendapat rakyat Malaysia akan yakin dengan pemerintahan Baginda yang diterajui secara adil dan sederhana kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama mereka.

Sultan Ibrahim sebelum ini pernah menolak tawaran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2016 kerana menghormati tradisi penggiliran.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd