Now Reading
Kenali 6 Anakanda Kepada Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri

Kenali 6 Anakanda Kepada Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri

Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah dikurniakan empat orang anak lelaki dan dua anak perempuan.

anakanda ydpa dan raja permaisuri kerabat diraja

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dekat di hati masyarakat kerana dikenali dengan sikap mesra dengan rakyat.

Artikel Berkaitan: [Video] YDPA ‘Sporting’, Sambung Nyanyian Ketika Dihulur Mikrofon Oleh Aizat Amdan

Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]

Ketika program ‘Kembara Kenali Borneo’, penduduk Sabah dan Sarawak berpusu-pusu mahu menyantuni ketibaan Baginda serta Raja Permaisuri.

Sambutan meriah itu membuatkan Raja Permaisuri turut menangis sebak kerana terlalu terharu melihat keterujaan mereka meraikan kehadiran Baginda sekeluarga.

Artikel Berkaitan: [Video] Raja Permaisuri Sebak, Rakyat Di Tawau Sabah Sanggup Bersalaman Sambil Dukung Bayi


Profil Tentang Anakanda-anakanda Yang di-Pertuan Agong Bersama Raja Permaisuri

Mungkin ada di antara anda yang kurang mengetahui profil anakanda-anakanda Baginda. Yang mana satu yang sulung, bongsu dan sebagainya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman X (Twitter @JanuarHaikal), jom kami terangkan kepada anda biodata tentang anakanda-anakanda baginda.

#1. Anakanda Sulung: Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah

Tengku Ahmad Iskandar Shah merupakan anakanda pertama yang dilahirkan oleh Permaisuri Agong selepas berkahwin dengan Baginda.

Namun begitu, Tengku Ahmad Iskandar Shah telah meninggal dunia sejurus dilahirkan pada 24 Julai 1990.

#2. Anakanda Kedua: Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah

Sumber: Twitter

Kemudian, Baginda dikurniakan cahaya mata kedua iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan kini Pemangku Raja Pahang.

#3. Anakanda Ketiga: Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah

Sumber: Twitter

Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah diputerakan pada 3 Ogos 1997 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dan menjadi pewaris takhta kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.

#4. Anakanda Keempat: Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah

Sumber: Twitter

Putera keempat kepada YDPA dan Raja Permaisuri adalah Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dilahirkan pada 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Baginda juga mempunyai kembar iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Sebagai anakanda lelaki, Baginda merupakan pewaris ketiga dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.

#5. Anakanda Kelima: Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah

Sumber: Twitter

Anakanda kelima ini merupakan puteri sulung kepada YDPA dan Raja Permaisuri iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Baginda merupakan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah yang dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 11 September 2000.

#6. Anakanda Keenam: Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah

Sumber: Instagram

Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah merupakan puteri bongsu dan anak keenam kepada YDPA dan Permaisuri Agong yang dilahirkan pada 27 April 2002.


Baginda Dan Raja Permaisuri Mempunyai Seorang Anak Angkat

Pada tahun 1987, Baginda telah berkenan untuk mengambil Tengku Amir Naseer Ibrahim yang berusia setahun pada ketika itu.

Tengku Amir Naseer Ibrahim merupakan sepupu kepada Baginda serta anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim bersama isteri ketiga iaitu Czarina binti Abdullah.

Tengku Amir kemudiannya melangsungkan perkahwinan bersama anak YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Dato Hajah Nong Fatimah Sultan Haji Ahmad Shah iaitu YM Puteri Suraiya Afzan pada 19 Disember 2013.

Sumber: Twitter

Untuk pengetahuan anda, Tengku Puteri Seri Lela Manja adalah adinda kepada YDPA.

Tengku Amir Nasser Ibrahim dan permaisurinya kemudiannya dikurniakan tiga orang putera lelaki iaitu:

  • Tengku Adam Ibrahim Shah (lahir pada 27 Disember 2015).
  • Tengku Sulaiman Abdullah Shah (lahir pada 25 Jun 2018).
  • Tengku Nuh Muhammad Shah (lahir pada 31 Januari 2022).

Kisah Perjalanan YDPA Dan Raja Permaisuri Untuk Mendapatkan Zuriat

Mungkin ada yang tidak tahu, Raja Permaisuri Agong sebenarnya merupakan puteri ketiga Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail.

Permaisuri Agong dan Al-Sultan Abdullah telah selamat disatukan di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar pada 6 Mac 1986.

Di awal perkahwinan, Baginda dan Raja Permaisuri tidak dikurniakan cahaya mata.

Berkat usaha melakukan percubaan rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) sebanyak 17 kali, Baginda dan Raja Permaisuri akhirnya dikurniakan zuriat seramai empat orang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Sumber: Twitter

Baginda Juga Mempunyai Anak Bersama Cik Puan Julia Rais

Umum diketahui, Baginda turut mempunyai tiga lagi puteri hasil perkahwinan bersama seorang bekas pelakon terkenal, Cik Puan Julia Rais iaitu seramai tiga orang iaitu:

  1. YAM Tengku Puteri Iman Afzan.
  2. YAM Tengku Puteri Illisha Ameera.
  3. YAM Tengku Puteri Ilyana.

Secara keseluruhannya, Baginda mempunyai 10 orang cahaya mata termasuk seorang anak angkat.

Sumber: Twitter

Berikut adalah susunan anakanda-anakanda kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Cik Puan Julia Rais:

1. Tengku Amir Nasser (Anakanda angkat) – 25 Ogos 1986.

  • Ibu bapa: Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan Datuk Seri Czarina binti Abdullah.

2. Tengku Ahmad Iskandar Shah (Mangkat) – 24 Julai 1990.

  • Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.

3. Tengku Puteri Iman Afzan – 11 November 1992.

  • Ibu bapa: YDPA dan Cik Puan Julia Rais.

4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah – 17 September 1995.

  • Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.

5. Tengku Puteri Ilisha Ameera – 1 Oktober 1995.

  • Ibu bapa: YDPA dan Cik Puan Julia Rais.

6. Tengku Puteri Ilyana – 20 April 1997.

  • Ibu bapa: YDPA dan Cik Puan Julia Rais.

7. Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah – 3 Ogos 1997.

  • Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.

8. Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah – 11 September 2000.

  • Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.

9. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah – 11 September 2000.

  • Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.

10. Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah – 27 April 2002.

  • Ibu bapa: YDPA dan Permaisuri Agong.

Baginda dan Raja Permaisuri akan tamat tempoh memerintah Malaysia sebagai YDPA ke-16 pada 30 Januari 2024 sebelum meninggalkan Istana Negara dan berangkat pulang ke negeri Pahang.

Mengikut sistem penggiliran jawatan YDPA, Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar yang juga kekanda kepada Permaisuri Agong akan diberi mandat sebagai YDPA ke-17 pada tahun hadapan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd