Now Reading
[Video] Kanak-kanak Sertai ‘Fashion Show’, Aksi Comel Tiru Gaya Raja Permaisuri Tunku Azizah Jadi Perhatian

[Video] Kanak-kanak Sertai ‘Fashion Show’, Aksi Comel Tiru Gaya Raja Permaisuri Tunku Azizah Jadi Perhatian

Kanak-kanak perempuan tersebut dilihat memakai baju kemeja berwarna biru, kasut but berwarna kuning, beg tangan dan cermin mata berwarna bulat yang mirip seperti Tunku Azizah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kanak-kanak perempuan dan animasi ‘princess’ memang tidak dapat dipisahkan kerana sesetengah daripada mereka membesar dengan kartun tersebut.

Pelbagai jenis watak ‘princess’ yang popular seperti Snow White, Cinderella, Belle, Rapunzel dan banyak lagi.

Meskipun kesemua karakter kartun ini berada dalam kisah yang berlainan, namun mereka di bawah satu produksi yang sama iaitu Disney.


Bapa Peragakan Anak Perempuan Ikut Gaya Raja Tunku Azizah Dalam Pertandingan Pertunjukan Fesyen

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@guafiq), lelaki ini yang merupakan ayah kepada seorang kanak-kanak perempuan berkongsi kisah ketika anaknya menyertai pertandingan petunjukan fesyen bertemakan puteri.

Namun oleh kerana si bapa pula memboikot karakter puteri di dalam animasi popular, maka terhasil satu idea unik iaitu dengan memperagakan si cilik mengikut gaya Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah versi kasual.

Di dalam video tersebut, kanak-kanak perempuan tersebut dilihat memakai baju kemeja berwarna biru, kasut but berwarna kuning, beg tangan dan cermin mata berwarna bulat.

Gaya tudung pun ditiru seperti Raja Permaisuri Agong. Memang comel betul.

Video tersebut mendapat perhatian sehingga meraih 267,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Teruja Lihat Kecomelan Kanak-kanak Tiru Gaya Tunku Azizah Versi Tidak Formal

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang meluahkan keterujaaan selepas melihat aksi kanak-kanak berkenaan meniru gaya Tunku Azizah dalam pertandingan pertunjukan fesyen itu.

“Aku ingat dia pakai set baju kurung macam Raja Permaisuri Agong pakai masa acara rasmi, sekali kemeja dengan tudung macam tu. Memang Raja Permaisuri Agong habis,” komen seorang netizen dengan memberi emoji ketawa.

Selain memuji kecomelan si cilik itu, netizen turut memberi pujian kepada si bapa kerana pandai mengambil inpirasi yang lain daripada lain.

Pada masa yang sama, pengguna media sosial turut berharap agar video tersebut mendapat perhatian Tunku Azizah.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd