Uyaina Arshad Teruja Dapat Hadiah Wang Tunai Dari Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Selepas Beritahu Sedang Hamil
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah berkenan untuk menghulurkan sejumlah wang kepada Uyaina Arshad semasa pengacara tersebut sedang berbual bersama Sultan Abdullah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (17 Januari), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk berkunjung ke Media Prima Berhad (MPB).
Dalam kunjungan yang disambut dengan meriah tersebut, baginda berdua telah diberikan taklimat operasi MPB serta dibawa melawat ke studio radio dan berita.
Lebih mengujakan lagi, pasangan diraja ini telah membuat penampilan khas di Buletin Utama dalam segmen Buletin Diraja semalam (17 Januari).
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Tak Sabar Tunggu Penampilan Khas Agong & Permaisuri Baca Berita Di Buletin TV3 Malam Ini
Raja Permaisuri Hulur Wang Dimaklumkan Dengan Kehamilan Uyaina Arshad
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad telah berkongsi detik mengujakan ketika menyambut kunjungan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.
Ketika sedang beramah mesra di luar perkarangan Media Prima, Uyaina turut memberitahu bahawa dia kini sedang hamil.
Perkara tersebut telah membuatkan Tunku Azizah berkenan untuk menghulurkan sejumlah wang kepada pengacara wanita itu semasa dia sedang berbual bersama Sultan Abdullah.
Namun, jumlah wang yang diberikan itu tidak dimaklumkan.
Tuanku dan Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra dan penyayang. Raja Permaisuri siap bagi duit untuk baby lepas dapat tahu yang Uyaina mengandung. Mashaallah rezeki baby. Alhamdulillah.
Uyaina Arshad.
Uyaina juga sempat bergambar bersama Tuanku Agong dan Raja Permaisuri serta mengucapkan terima kasih kepada kunjungan baginda berdua dan mendoakan agar mereka dipanjang usia serta diberkati Allah SWT.
Netizen Anggap Uyaina Bertuah Dapat Terima Hadiah Dari Raja Permaisuri
Di ruangan komen hantaran tersebut, ramai juga netizen meluahkan rasa teruja selepas melihat kebaikan yang dilakukan oleh Tunku Azizah kepada Uyaina Arshad.
Malah, sesetengah netizen memberi cadangan agar duit yang diberikan oleh Tuanku Azizah itu disimpan di dalam bingkai gambar sebagai kenangan.
“Alhamdulillah rezeki baby. Kalau aku dapat, memang aku framekan terus duit tu tanda kenangan dari Permaisuri,” kata netizen.
Siap ada yang suruh letak nama Tuanku Agong atau Raja Permaisuri dalam sebahagian dari nama bayi Uyaina.
Mereka turut menganggap wang yang diterima oleh Uyaina itu adalah rezeki kepada bayi di dalam kandungannya.
“Masya-Allah rezeki baby dari dalam perut lagi ni,” ujar netizen.
Pada masa yang sama, orang ramai turut memuji kebaikan yang dilakukan oleh Tunku Azizah yang merendah diri dan berjiwa rakyat.
Tunku Azizah Memahami Kesusahan Untuk Mendapatkan Anak
Memetik Berita Harian, Tunku Azizah sebelum ini pernah mendedahkan bahawa baginda mengalami masalah kesuburan untuk menimang cahaya mata dan mengambil masa sehingga sembilan tahun sebelum bergelar ibu.
Baginda merupakan satu-satunya permaisuri di dunia yang mempunyai empat anakanda daripada hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas membuat 16 kali percubaan.
Dugaan yang dihadapi ini menjadikan baginda memahami bagaimana kesusahan untuk mendapatkan cahaya mata.
Baca Artikel Berkaitan: Siti Elizad Luah Rasa Terharu Raja Permaisuri Agong Titip Doa Kehamilan Buat Dirinya
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Print Letak Frame”- Guru Di Sarawak Teruja Agong Pilihkan Nama Untuk Anak Pertama
Baca Artikel Berkaitan: Raja Permaisuri Ambil Kanak-kanak Hidap Sindrom Werewolf Di Sarawak Sebagai Anak Angkat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.