Now Reading
Raja Permaisuri Ambil Kanak-kanak Hidap Sindrom Werewolf Di Sarawak Sebagai Anak Angkat

Raja Permaisuri Ambil Kanak-kanak Hidap Sindrom Werewolf Di Sarawak Sebagai Anak Angkat

Baginda juga akan menanggung perbelanjaan untuk mengubati penyakit Hipertrichosis atau Sindrom Werewolf yang dihidapi oleh kanak-kanak bernama Missclyen.

raja permaisuri ambil anak angkat

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekeluarga terkenal dengan sikap ramah mereka bersama rakyat.

Ketika lawatan ke negeri Sabah dan Sarawak, sambutan dari masyarakat cukup meriah sehingga menyebabkan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah sebak dan mengalirkan air mata melihat rakyatnya.

Malah, baginda juga telah membantu memilihkan nama untuk anak lelaki dan perempuan kepada seorang rakyat di Sabah menerusi sepucuk surat yang diterima ketika lawatan mereka semasa Program Kembara Kenali Borneo.

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Print Letak Frame”- Guru Di Sarawak Teruja Agong Pilihkan Nama Untuk Anak Pertama

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raja Permaisuri Sebak, Rakyat Di Tawau Sabah Sanggup Bersalaman Sambil Dukung Bayi


Tunku Azizah Ambil Anak Angkat Hidap Sindrom Werewolf Di Sarawak

Kebaikan Raja Permaisuri Tunku Azizah sekali lagi terserlah menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook (Kak Na).

Wanita yang dikenali sebagai Kak Na itu meluahkan rasa terharu apabila menerima sepucuk surat dari Istana Negara yang menyatakan bahawa Raja Permaisuri berkenaan untuk mengambil cahaya matanya bernama Missclyen Anak Roland sebagai anak angkat baginda.

Rasa macam bermimpi Bek (nama anak). Dengar apa yang ayah awak cakap dan terus hantar satu surat. Baca dan tak tahu pun itu surat pengambilan anak angkat dari Tuanku Permaisuri. Besar rezeki awak Bek.

Ibu kepada kanak-kanak Missclyen.

Dalam utusan surat tersebut, baginda berhajat untuk memberikan perbelanjaan kepada ibu bapa kanak-kanak itu sebagai penjaga untuk digunakan bagi membiayai kos persekolahan Missclyen.

Selain itu, baginda juga akan menanggung rawatan untuk mengubati penyakit Hipertrichosis atau Sindrom Werewolf yang dihidapi oleh Missclyen.

Beta berharap dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban Tuan dan pacal pondok dalam menjaga dan membesarkan Missclyen.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sebelum mengakhiri surat tersebut, baginda juga mengirimkan doa agar Puan Theresa Anak Guntin dan Tuan Roland Anak Jimbal sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut juga berharap agar segalanya dipermudahkan untuk anaknya.

Semoga semuanya dipermudahkan selepas ini. Nanti lama kita tak berjumpa kalau awak dibawa ke sana. Air mata asyik mengalir sebab terlalu gembira.

Ibu kepada kanak-kanak Missclyen.

Netizen Anggap Kanak-kanak Itu Bertuah Diambil Sebagai Anak Angkat Raja Permaisuri Agong

Ruangan komen di hantaran tersebut dipenuhi dengan komen netizen yang rata-ratanya kagum dengan keprihatian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah selepas berkenaan mahu mengambil Missclyen sebagai anak angkat.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang menganggap kanak-kanak itu cukup bertuah kerana menerima bantuan dari baginda sendiri dari segi persekolahan dan perubatan.

Sumber: Facebook

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Pernah Bertemu Dengan Missclyen Semasa Program Kembara Borneo

Ketika lawatan baginda sekeluarga ke Bintulu, Sarawak semasa program Kembara Kenali Borneo pada September lalu, Raja Permaisuri bersama Agong telah menyantuni adik Missclyen bersama bapanya.

Dalam video yang dimuat naik semula di laman X (Twitter @arfdy12), si kecilnya dilihat mempunyai bulu yang lebat di bahagian wajahnya sehingga menutupi mata, hidung dan mulut.


Apa Sebenarnya Sindrom Werewolf?

Sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis (CGH) atau juga disebut sebagai Sindrom Werewolf merupakan satu penyakit kulit kongenital semasa lahir yang jarang berlaku.

Berdasarkan sumber rujukan di National Center for Biotechnology Information, individu yang menghidap penyakit ini akan mempunyai pertumbuhan rambut berlebihan dan tidak sekata pada seluruh tubuh badan.

Sehingga kini, punca sebenar sindrom ini masih belum diketahui. Namun para pengkaji berpendapat penyakit ini boleh berpunca daripada masalah genetik atau kerana mutasi yang berlaku secara rawak.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd