Now Reading
Raja Permaisuri Agong Puji Usaha Jabatan Penjara Hidupkan Semula Tenun Pahang Diraja

Raja Permaisuri Agong Puji Usaha Jabatan Penjara Hidupkan Semula Tenun Pahang Diraja

Tenun Pahang Diraja dianggap berada dalam keadaan ‘kritikal’ pada suatu masa dahulu kerana penghasilannya semakin menurun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan hasil kraftangan dari kaum yang berbeza-beza di negara ini.

Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana boleh melihat serta mempelajari pelbagai hasil seni melibatkan kraftangan zaman dahulu yang sangat berharga.

Namun, sesetengah hasil seni dan kraftangan tersebut semakin menurun kerana kurangnya pendedahan mengenai perkara itu.


Raja Permaisuri Agong Zahir Penghargaan Pada Jabatan Penjara Malaysia

Memetik sumber Harian Metro, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menzahirkan penghargaan baginda kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia kerana usaha mereka untuk menghidupkan semula Tenun Pahang Diraja.

Untuk pengetahuan umum, Tenun Pahang Diraja dianggap berada dalam keadaan ‘kritikal’ pada suatu masa dahulu kerana penghasilannya semakin menurun.

Ketika ucapan baginda semasa Majlis Simfoni Kasih 2023 Jabatan Penjara Malaysia, Tunku Azizah bertitah bahawa petugas dan penghuni penjara banyak menyumbang kepada penghasilan seni tekstil sehingga ia dikenali di peringkat antarabangsa.

Sekitar 2004 dan 2005, hanya terdapat 15 penenun di Pahang. Bagi beta sangat mustahak, beta bertitah kalau tidak dibuat sesuatu, Tenun Pahang akan mati begitu sahaja. Penjaralah (Jabatan Penjara Malaysia) yang banyak menolong beta hidupkan kembali Tenun Pahang Diraja.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Jelas baginda lagi, warga Jabatan Penjara Malaysia pada awalnya menghadapi kesukaran untuk mempelajari tenunan tersebut namun kini sudah mahir.

Setelah banyak berlatih, akhirnya ramai yang mula menguasai seni tradisional berkenaan sehingga mampu mencipta teknik dan rekaan terbaharu.

Baginda turut berharap agar kemahiran yang dipelajari oleh mereka ini boleh dimanfaatkan untuk meraih pendapatan.

Untungnya adalah banduan tersebut dapat mempelajari sesuatu. Apabila keluar, memberi mereka harapan apa mereka pelajari di penjara boleh menjadi punca rezeki, menjana pendapatan. Beta minta jangan pandang rendah orang dalam penjara.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seni Tradisional Tenun Pahang Diraja

Memetik sumber Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), kain Tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi, Indonesia dan telah dibawa ke Pahang pada abad ke 16 Masihi.

Sumber: Ros Khadijah Razali/ Women’s Wear Daily

Kain tersebut kemudiannya diperkenalkan oleh seorang Pembesar Bugis yang dikenali sebagai Tuk Tuan (Keraing Aji).

Fabrik Tenun Pahang Diraja kebiasaannya digunakan untuk kain sarung, sampin, selendang dan kini diaplikasikan dalam rekaan fesyen moden. Malah, kain tersebut juga banyak digunakan untuk majlis rasmi kerajaan, perkahwinan dan adat istiadat diraja.

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Corporation Umum Pemakaian Batik, Perkenal Budaya Dan Seni Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Video Mat Salih Santai Pakai Blazer Dengan Kain Batik Semasa Mesyuarat Curi Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Francisca Luhong Sedia Beraksi Dengan Kostum ‘Kampungku’ Ke Pentas Miss Universe


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd