“Siap Print Letak Frame”- Guru Di Sarawak Teruja Agong Pilihkan Nama Untuk Anak Pertama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan memilih nama Nichella Inez Starla dan Syderek Neville untuk bakal anak sulung kepada guru wanita ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekeluarga telah berada di Sabah dan Sarawak pada 3 hingga 13 September lalu bersempena dengan program ‘Kembara Kenali Borneo’.
Kunjungan hormat oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri di dua negeri tersebut mendapat sambutan yang cukup meriah sehingga membuatkan Tunku Azizah sendiri menangis terharu.
Artikel Berkaitan: [Video] Raja Permaisuri Sebak, Rakyat Di Tawau Sabah Sanggup Bersalaman Sambil Dukung Bayi
Malah, gelagat anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah yang mencuit hati turut mendapat perhatian masyarakat di Sabah ketika lawatan Baginda sekeluarga.
Artikel Berkaitan: Gelagat Tengku Muhammad Dalam Kembara Kenali Borneo Cairkan Hati Ramai Wanita [Video]
Guru Wanita Minta Agong Pilihkan Nama Untuk Bakal Anak Pertama
Memetik sumber Kosmo, seorang guru wanita di Sarawak bernama Naldiana Umping Michael telah berkongsi kisah teruja apabila dapat meminta ‘bantuan’ dari Raja Permaisuri Agong.
Semasa Yang di-Pertuan Agong singgah di sebuah stesen minyak di Simpang Layar, Betong, Sarawak pada Selasa lalu (13 September), wanita ini telah memberikan sehelai surat kepada Baginda.
Saya tidak berpeluang untuk bercakap dengan baginda dan anakanda memandangkan keadaan begitu sesak dan berlaku pantas.
Naldiana Umping Michael.
Difahamkan surat tersebut tertulis beberapa pilihan nama untuk bayi lelaki dan perempuan untuk anak sulungnya kelak.
Tidak lama selepas itu, anakanda kepada Agong iaitu Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memuat naik gambar surat tersebut di Instagram Story dengan menunjukkan nama untuk anak lelaki dan perempuan yang telah diperkenan oleh Al-Sultan Abdullah.
Baginda telah berkenan memilih nama Nichella Inez Starla untuk bayi perempuan manakala bayi lelaki pula dipilih dengan nama Syderek Neville.
Teruja Terima Respon Dari Sultan Abdullah Sehingga Sanggup Cetak IG Story Dan Tampal Di Dalam Bingkai Gambar
Oleh kerana terlalu teruja dengan respon yang diterima dan dimuat naik di laman IG Story Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, guru wanita ini sanggup mencetak paparan IG Story itu dan menampalnya di dalam sebuah bingkai gambar.
Naldiana dan suaminya Sonny telah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan merancang untuk menimang cahaya mata sulung pada tahun hadapan.
Wanita ini juga berkongsi momen indah tersebut dengan memuat naik gambar di laman Facebook miliknya.
Netizen Pun Teruja Dengan Perkongsian Kisah Dari Guru Wanita Tersebut
Di ruangan komen hantaran berkenaan, ramai netizen yang meluahkan rasa teruja selepas Al-Sultan Abdullah berkenan memilihkan nama untuk bayi perempuan dan lelaki kepada guru itu.
Malah, netizen juga mendoakan agar wanita berkenaan diberi rezeki untuk menimang anak sulung pada tahun hadapan seperti yang dirancang.
Bertuah sungguh ya Agong yang pilihkan nama untuk anak sulung. Kami juga mendoakan agar Naldiana dipermudahkan urusan untuk menimang cahaya mata sulung pada tahun hadapan.
Sumber: Facebook Naldiana Umping Michael | Kosmo
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.